Dec 30, 2009

gajah yang menyusahkan

Ceritanya macam ni... Pagi tadi di sekolah, ada seorang cikgu sebut tentang 'Gajah Menyusur'. Dan semenjak saya datang ke sekolah ini (oh, sedari di tempat praktikum yang lalu pun sama) mereka menggunakan istilah Gajah Menyusur. Sedangkan selama ini apa yang saya tahu, tempat laluan berbumbung itu dipanggil 'Susur Gajah'.

Saya cari dalam kamus DBP online. Istilah yang diberi adalah 'Gajah Menyusu' (Kamus Dewan Edisi ke-2) Apa? Gajah Menyusu? Apa kaitan gajah menyusu dengan laluan berbumbung itu? Yes, inilah istilah yang diberi oleh DBP.

Neither do Gajah Menyusur atau Susur Gajah adalah betul. sigh. damn. Tapi, bukan ke Susur Gajah? Susur adalah laluan tepi. Kalau Menyusur, ia adalah kata terbitan yang berimbuhan meN yang menjurus kepada perbuatan sang gajah itu. Tapi kenapa langsung Gajah Menyusu? Celaka... BM sentiasa berjaya membuat saya rasa tak puas hati dan ingin berdebat di Parlimen. hahaha.

Kepada para cendikiawan yang boleh memberi definisi dan hujah yang tepat, sila bantu saya supaya saya tidak tersalah ajar anak-anak kita nanti. Di sekolah pun banyak percanggahan pendapat tentang istilah Bahasa Melayu dan kebanyakan rakan-rakan guru selama ini mengajar anak-anak didik dengan bahasa yang kurang tepat. Nampaknya saya cuma mendalami ilmu tatabahasa tetapi kurang memberi perhatian kepada istilah. Nasib baiklah sekolah rendah lebih banyak mementingkan ilmu tatabahasa dan laras bahasa mudah. sigh...


Bagi mereka yang tak tahu, di belakang kami itu adalah susur gajah(kata saya)/gajah menyusur (kata kawan saya)/gajah menyusu (kata dewan bahasa)

6 gossips:

kaxx said...

betul lah gajah menyusu. siapa yang lalu bawah gajah diibaratkan seperti disusukan oleh seeokor gajah. kan? haha

Nani Aziz said...

kaxx,

ooo ye ke? nape aku tak tahu ah? aku rasa cikgu bm aku dulu la yang salah ajar. tapi... disusukan oleh gajah? haha. serius? kau anak gajah, bumbung tu gajah? macam tu?

Unknown said...

Diambil dari keadaan semasa zaman kesultanan melaka di mana gajah yang agak tinggi statusnya diantara binatang lain sering ditambat di sekitar balairong untuk tujuan adat istiadat.. Apabila dibina laluan berbumbung bagi menghubungkan bangunan2 dalam istana (Istana melaka banyak bangunan tak mcm replika yang seketul je sekarang ni) maka dinamakan laluan gajah menyusu kerana mungkin dilihat laluan berbumbung seperti keadaan anak gajah yang sedang menyusu...

Anonymous said...

Gajah Menyusu adalah istilah tepat utk struktur yg dipanggil susur gajah, berasal daripada seni bina Banjar yang namanya Gajah Manyusu

ANIS ow said...

Gajah menyusu - bangunan tambhn yg dibina besambungn dgn bangunan yg sedia ada...mcm keadaan semasa ank gajah menyusu dgn ibunya...wallahualam

Sasi said...

Bahasa melayu ini asyik berubah macam salin baju. Zaman sy dulu dulu pun dipanggil susur gajah. Bhs melayu kini sudah beralih ke kata kata bermotifkan simbol dah rupa. Semuanya bermula dari goreng pisang jadi pisang gorengšŸ¤£

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina