Dec 6, 2009

Edward Cullen itu kacak

errrr...

Kacakkah beliau? Machokah beliau? Apa yang membuatkan Edward si puntianak itu digilai ramai? Kenapa saya sorang je yang tak nampak kriteria-kriteria di atas dalam diri Edward Cullen? Oh tidak... Adakah saya tergolong dalam golongan perempuan abnormal atau paranormal kerana tak nampak kualiti di atas dalam diri jejaka kegilaan ramai? Berbaloikah anda beratur panjang semata-mata nak tengok wajah Edward yang agak pelik bagi saya tu di layar perak? Wow... mengujakan ^___^

Tahun lepas masa cerita Twilight baru-baru keluar, adik beli cd cetak rompak dan ajak tonton beramai-ramai. Wah, terujanya saya nak tengok apa yang best tentang Twilight sampai ramai perempuan tak boleh tidur disebabkan oleh Edward Cullen. Selepas setengah jam pertama...zzzz... benda terakhir yang saya ingat tentang Twilight adalah Edward selamatkan Bella daripada dilanggar oleh... trak? Sumpah tak ingat ok. Tidur dah masa tu. Lepas tu baru-baru ni cuba tengok sekali lagi. Dan masih sama cuma advance sikit kali ni. Saya dapat tengok sampai badan Edward jadi kristal.

Nampak tak betapa cerita tu tak berjaya menarik minat saya untuk kekal setia menonton hingga ke akhir. Apa kesudahan cerita tu? Yang pasti, sangat lembap ok! Benci I!

Dan sekarang ada The New Moon? Orang kata macam filem Sembilu? Ye ke? Mungkin writer dia dapat inspirasi selepas tengok filem Datuk Yusuf Haslam secara marathon kot? Manalah tahu... hehehe.

Ok, babai =_="

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina