Jan 1, 2010

KL Meletup!

Apa aktiviti saya di malam Tahun Baru? Jom tengok sikit.

31 December 2009, 10.35 malam,

Gayut dengan kesayangan. Cerita tentang betapa terujanya saya nak tengok bunga api malam tahun baru ni. Tak sabar nak tunggu jam 12 tengah malam.

31 December 2009, entah-pukul-berapa malam,
Terlelap... Zzzzzz.... (Punah sudah harapan dan keterujaan nak tengok bunga api) sigh.

1 Januari 2010, 12.00 tengah malam.

Terjaga dari lena sebab terkejut dengan bunyi letupan. Seriusly saya ingat bom meletup. Agak bangsat. Terus berkejar ke tingkap bilik. Oh So Wow!!! Bunga api!!! (masa ni dah melonjak keriangan. Macam tak pernah tengok. sigh. Tapi serius teruja)

Heh, saat ni mula terfikir... Nasib baik tak keluar duit ratus-ratus tempah PNB Darby Suite untuk tengok bunga api Tahun Baru. Terlupa pula dari tingkap bilik boleh nampak KLCC. sigh. Kadang-kadang ini yang membuatkan saya suka bilik saya. Tika ini, bunga api yang terakhir baru saja meletus. Cantik. Tapi kenapa takde yang macam dalam kartun tu? Kenapa takde tulisan Happy New Year 2010?! Tak thrill lah! Penat je tunggu. Setakat bunga api camni, balik kampung pun saya boleh tengok free (tapi tengok dari paras tanah dan mendongak ke atas adalah tak syok) Mesti pelikkan macam mana kitorg boleh tengok bunga api kat kampung? Sebab paklong kami polis, dia selalu bawak balik tong bunga api besar tu bila raya. Apa barang takat mercun katak je bai? huhuh. Ok, sudah. Nak sambung tidur.

Selamat Tahun Baru!!!


Budak perempuan tu adik saya. Birthday dia semalam. Saya bagi dia hadiah, topup rm5. Gila kedekut kakak :P


Perlu ke duduk di belakang langsir semata-mata nak ambil gambar ni makcik? sigh

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina