Dec 30, 2009

gajah yang menyusahkan

Ceritanya macam ni... Pagi tadi di sekolah, ada seorang cikgu sebut tentang 'Gajah Menyusur'. Dan semenjak saya datang ke sekolah ini (oh, sedari di tempat praktikum yang lalu pun sama) mereka menggunakan istilah Gajah Menyusur. Sedangkan selama ini apa yang saya tahu, tempat laluan berbumbung itu dipanggil 'Susur Gajah'.

Saya cari dalam kamus DBP online. Istilah yang diberi adalah 'Gajah Menyusu' (Kamus Dewan Edisi ke-2) Apa? Gajah Menyusu? Apa kaitan gajah menyusu dengan laluan berbumbung itu? Yes, inilah istilah yang diberi oleh DBP.

Neither do Gajah Menyusur atau Susur Gajah adalah betul. sigh. damn. Tapi, bukan ke Susur Gajah? Susur adalah laluan tepi. Kalau Menyusur, ia adalah kata terbitan yang berimbuhan meN yang menjurus kepada perbuatan sang gajah itu. Tapi kenapa langsung Gajah Menyusu? Celaka... BM sentiasa berjaya membuat saya rasa tak puas hati dan ingin berdebat di Parlimen. hahaha.

Kepada para cendikiawan yang boleh memberi definisi dan hujah yang tepat, sila bantu saya supaya saya tidak tersalah ajar anak-anak kita nanti. Di sekolah pun banyak percanggahan pendapat tentang istilah Bahasa Melayu dan kebanyakan rakan-rakan guru selama ini mengajar anak-anak didik dengan bahasa yang kurang tepat. Nampaknya saya cuma mendalami ilmu tatabahasa tetapi kurang memberi perhatian kepada istilah. Nasib baiklah sekolah rendah lebih banyak mementingkan ilmu tatabahasa dan laras bahasa mudah. sigh...


Bagi mereka yang tak tahu, di belakang kami itu adalah susur gajah(kata saya)/gajah menyusur (kata kawan saya)/gajah menyusu (kata dewan bahasa)

Apa azam tahun baharu saya?

"...memastikan buku rekod mengajar lengkap sebab kau hanya ajar dua subjek je tahun ni cikgu! Dan dah tentu-tentu kedua-duanya menjadi makanan ruji kau sedari sekolah lagi. Jangan mengada-ngada nak tangguh-tangguh last-last sampai akhir tahun pun masih ada yang tak siap dan kau sengaja tinggalkan sampai buat-buat cakap, "Oh, saya tertinggallah sebab saya ajar 7 subjek." sambil buat muka kosong..." - petikan daripada kata-kata hantu rajin dalam hati saya.

Baiklah! 2010! Lesson plan mesti lengkap dan dihantar tiap-tiap minggu! eleh, seni dengan BM je kot. Takde dah sivik, KH segala. wheeeee!!!


Bila dapat tahu saya jadual saya didominasi oleh subjek seni, senyuman saya seindah ini. Senyuman si berlagak yang puas hati sebab jadual diberi mengikut opsyen dan kepakaran. muahahaha! Terselit juga senyuman sinis dengan hati yang mengatakan, "heh... aku tak ajar tahun 6 tahun ni weh!"

=_="

Dec 27, 2009

Hari menJadi-jadi edisi kesayangan

Dec 25, 2009

Nasi Lemak Antarabangsat

Siapa kata Nasi Lemak Antarabangsa tu best? Ok, saya dah cakap tak best tapi dia kata kawan-kawan dia kata best. Ok, jom kita try test. Nasi Lemak Rendang Ayam + Nasi Lemak Ayam Rempah + Mi Kari + Milo Ais + Pepsi + Teh O Ais = RM34++ (Kakak mithali kena bayar) =_="

"Betul la long... tak sedap." Padan muka kau! Lain kali jangan lawan cakap kaklong. Cakap orang tua vogue ni kena dengar. Tengok warna sambal tu pun dah tahu tak sedap. Baiklah, rugi RM34++ saya. Nasib baik sebelum masuk kedai tu saya ada beli Mille Crepe kat Nadeje. Serious best (Thanks for the recommendation, SueLynn! You memang terbaik)


Eleh budak tu, tak sedap pun habis jugak.





Muka siapa yang serupa antara tiga-tiga ni? Sebab ramai kata tak sama =_="


Percayalah, masa nak ambil gambar ni, bising sangat. Asik gelak sebab muka buruklah, sengetlah. Banyak kali delete gambar. Last-last, buruk jugak =_="


Last sebelum saya off. Nak tengok Glee! Kenapa kau pegang hidung? Tak faham =_="
Oh, sebelum keluar dari kedai tu, saya ada tinggalkan satu nota di belakang resit pembelian. Nota berbunyi begini:-

"Kenapa Nasi Lemak tak best? Ayam tak masak. Kenapa ayam berempah takde rempah? Sambal kurang enaklah. Mi Kari kamu pun guna udang tak fresh. Bebola tauhu (sebenarnya tak tahu apa nama dia) pun rasa lain macam. Kecewa sungguh dengan kamu..."

That's gonna be my first and last visit. Sorry tauke. Saya benar-benar kecewa. Ok lah. Nak sambung tengok Glee... =_="

Dec 24, 2009

Photoshop Tutorial (Intermediate Class)

Tiba-tiba je dah masuk kelas Intermediate. Mana Beginner class? Tak mengapa. Sebab saya anggap kau orang dah tahu selok-belok photoshop yang asas. Buang masa pula kalau nak buat kelas beginner kat sini. Baik, tak nak buang masa. Straight to the point.

Yang paling penting dalam permainan photoshop adalah layer box. Bila saya kata tukar kepada sekian sekian sekian, sila cari di scroll yang ada appear "NORMAL" di layer box. Faham?

Gambar 1: Layer box

dan bila saya kata di Layer Tab, sila pergi ke tab yang tersusun rapi di sudut atas window dan cari Layer

Gambar 2: Layer tab

Ok, now let's move on. Cari satu gambar yang kamu nak edit.


1. Gambar ini dibiarkan Normal dengan Opacity 100%

2.
Duplicate gambar ini dan layer 1 copy ditukarkan kepada Screen dengan capacity 49%
Gambarnya akan bertukar seperti ini:


3. Go to Layer>New Fill Layer>Solid Color dan pilih warna #0f1b45 dan tukar kepada Exclusion dengan opacity 100% di Layer box

(Tips: Bila keluar Color Picker box ni, kau copy sahaja nombor warna yang dah saya bagi tu dan paste dalam kotak yang saya bulatkan. hehe)
Nanti gambar kamu akan berubah warna sebegini:


4. Go to Layer>New Fill Layer>Solid Color dan pilih warna #cffcff > tukar kepada Soft Light dengan opacity 100% di layer box.
Gambar kamu akan berubah warna lagi:


5. Duplicate gambar asal (Layer 1) dan tekan ctrl+shift+] ataupun guna mouse, drag sampai atas skali di layer box.(tips: cara mudah duplicate layer - tekan alt + drag layer yang nak di duplicate ke layer teratas) Di layer box, tukarkan kepada Color Burn dengan opacity 100%
Gambar berubah lagi:


6. Duplicate lagi gambar asal dan bawa ke layer paling atas > Color Burn with opacity 50%.
Gambar akan menjadi:


7. Duplicate lagi sekali gambar yang sama dan bawa ke layer paling atas > Color Burn with opacity 38%.


siap!

Tambahan: kalau nak cantik, cari icon texture yang menarik dan letak di layer paling atas. Tapi icon texture biasanya 100x100. Cari je lah apa-apa gambar menarik yang boleh dijadikan texture sebagai effect tambahan.


gunakan texture ni dan letakkan di layer teratas > Soft light with opacity 100%


ok dah siap! icon 100x100 sedia digunakan. Kalau nak apply pada gambar besar pun boleh. Tapi kena pandai-pandai cari large texture la. Kalau nak buat tanpa texture pun takde masalah.

Look here, I'm talking: Lain gambar, lain result yang akan kau orang dapat. Tapi kalau dah ada basic ni, makanya senang la kamu nak adjust apa yang patut supaya dapat great result on your pictures. Selamat Mencuba! Cikgu Nani akan kembali dengan tutorial lain pada masa akan datang.

Dec 23, 2009

Trauma

Tak pasti sama ada trauma atau fobia. Sebab saya masih boleh memandu. Tapi setiap kali hampir dengan lori ataupun lori laju ke arah saya, kaki saya jadi kejang. Tangan jadi kaku. Telinga mula terngiang-ngiang bunyi tin yang dikemekkan. Jantung berdegup laju.

Semalam... kami tengah bersembang menanti traffic light bertukar hijau. Merah tanda berhenti. Tengah khusyuk bersembang, tiba-tiba kepala tersengguk ke depan. Dia cakap, "Oh damn." Saya tak dengar apa kecuali bunyi macam tin kemek. Ngilu. Otak kosong. Dia suruh saya lekas keluar. Saya terpinga-pinga. Kenapa? Di luar saya dah nampak brader lori depan garu kepala dan pekik suruh keluar cepat. Oh damn... Bonet depan remuk separuh tercium bontot lori ais. Berasap, takut meletup. Damn, pintu side penumpang tersangkut. Tak boleh buka! Saya tendang pintu sekuat tenaga. Rasa longlai kaki, tak mampu berdiri bila nampak lori tanah menghentam sebuah Camry dan Camry tu terseret sampai langgar kami yang sedang elok berhenti di jarak selamat tapi masih tak selamat dengan lori ais. Bayangkan kalau kami berhenti rapat dengan lori tu. Mungkin... muka aku dah tak macam aku kot. Bayangkan kalau di belakang kami bukan Camry tapi Viva? Bayangkan kalaulah kami di tempat Camry tu. Mungkin... saya tak tulis blog kot malam ni.

Alhamdulillah semua selamat. Takde kemalangan jiwa. Jiwa kami parah, separah satria neo kepunyaan kesayangan T__T Kesian beliau tak berkereta untuk sebulan ni. Malam semalam lepas kejadian, saya drive balik Melaka seorang. Gila kau! Lori banyak di jalanan. Tak pernah aku drive di highway sampai 80km/h. Lumba dengan basikal pun kalah. 2jam setengah baru sampai Melaka. Ni lah kemalangan paling teruk yang pernah saya alami. Semalam nak tidur pun terngiang-ngiang bunyi tu. Damn... =_="

Dec 19, 2009

Mari Mewarna

Takde kerja. Main-main dengan Photoshop. Seronok. Walaupun dah jadi cikgu, photoshop tidak dapat kutinggalkan. Walaupun hari-hari menghadap Photoshop, belum pernah lagi rasa bosan. Makin hari makin banyak benda baharu yang masa belajar dan masa kerja dahulu tak sempat nak explore. Masih lagi rasa rindu pada design sebab tu umpama cinta pertama. Tapi cinta tak semestinya bersatu... Bidang perguruan telah merampas segala-galanya. Ye, kau harus komited dengan kerja sekarang!

Ok, jom tengok apa yang saya dah buat dengan photoshop. Taklah bagus tapi seronok kalau kau dah duduk berjam-jam depan pc dan tak hirau makan minum sampai perut dah berkeroncong dan anak cacing dalam perut menendang-nendang minta disuap.

Tukar gambar boring ni...
kepada

Ni pun boring juga...
kepada ini

Apa kata cuba gambar sendiri =P

kepada
gambar tak cukup lighting :P

Tapi serius... buat gambar sendiri, tak berapa mengujakan. Kenapa ek? Entah...






wah, mata aku nampak besar! Kenapa? Sebab bulu mata palsu =P

Oh, kalau kamu nak tips pasal teknik mewarna, tinggalkan komen anda diruangan gossip atau shoutbox. Ataupun kalau nak jadi pelajar cemerlang tapi malas buat assignment dan takat copy paste assignment kawan, bolehlah minta file .psd je dari saya. Baikkan Cikgu Nani? huhuhu

look here, I'm talking: Kalau kamu seorang penggemar setia ataupun fangirling over Kpop artist, jom ikut saya ke lawatan sambil belajar di livejournal saya http://nanijjang.livejournal.com/ dan kalau nak tengok lebih, add me as a friend dan kamu akan dapat view semua hasil photoshop saya

Dec 15, 2009

Al-Fatihah...

Tadi dapat panggilan telefon dari Kak Mila. Ada berita kurang baik. Bukan kurang tapi berita buruk. Terkejut. Shaiful Arif meninggal akibat denggi. Tergamam. Puas fikir... Shaiful Arif... Terdiam seketika sebelum bertanya pada Kak Mila. Epul Us ke? Ok, memang dia...

Terus terbayang muka Epul yang cool bila diusik panggilan Us Us (nama ayah dia Usman) Saya panggil dia orang kuat sebab dia berbadan besar dan selalu buat rumah Biru menang tarik tali. Masih tergamam. Tiba-tiba teringat pada hari terakhir saya jumpa dia, dia malu-malu sebab kawan dia cakap dia nak ajak saya kawen. Saya suruh dia cepat membesar dan dia jawab, "...saya dah besar dah cikgu." hehehe.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Shaiful Arif bin Usman. Takziah untuk keluarga Allahyarham...

look here i'm talking: kepada kamu semua, kalau demam silalah segera ke klinik. Demam zaman sekarang tak macam dulu. Macam-macam boleh jadi... =_="

Gula-gula Mata part 2

Masih lagi tentang gula-gula mata. Tapi ianya tetap buka gula-gula Hacks yang kau beli satu peket berharga RM1.70 di Tesco mahupun kedai runcit.


Jangan pertikaikan kenapa saya suka buat mulut gitu. ye, suka sangat.


Satu lagi aksi mulut yang gemar saya buat bila nak align bibir back to position (bila nak buka braces ni?)


Nah, puas hati? hehehe.


Last action depan cermin. Saya susah nak senyum macam ni sebab braces selalu menjadi penghalang. Tak selesa tahu?


Ok, betul-betul last depan cermin. Betul punya last.


See, dah tak depan cermin. heheh


Ok babai. Nak pergi hantar ibu ke seminar. Dah lambat (tapi sempat jugak kau nak camwhore depan cermin bagai ek makcik?)


Sepeninggalan saya, inilah lauk tengah hari untuk adik-adik. Sebagai kakak mithali, dia sanggup bersusah payah duduk di dapur untuk masak benda yang eleh, budak kecik pun tahu masak, long. hahahah. Ah, kau suka kau makan. Tak suka, masak sendiri.

Tips belajar daripada Cikgu Nani

Baiklah murid-murid. Hari ini Cikgu Nani berhati mulia ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin 50% berguna dan 50% sampah. Pilih yang mana-mana berkenan untuk digunakan kerana tips ini dah saya gunakan sehinggalah saya berjaya menjadi cikgu sekarang. Kalau nak cerita pasal tips yang biasa saya berikan pada anak-anak murid, saya rasa kurang sesuailah untuk digunakan oleh kau orang since saya mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah. hahaha. So, saya akan kongsikan pengalaman masa saya belajar dulu.

Oh, tapi mungkin juga kurang sesuai sebab saya adalah pelajar Seni Reka dan kurang waktu belajar dalam kelas. Banyak masa dihabiskan untuk subjek studio dan workshops. Tapi mungkin masih boleh guna. Ok, ehem ehem. (jangan engkau nak pertikaikan macam mana bekas graduan Grafik boleh mengajar Bahasa!)

Ok, mula dengan menulis nota. Sejak sekolah, saya memang tak suka tulis nota tapi nota saya selalu jadi bahan rujukan dan bahan untuk difotokopi oleh kawan-kawan. Kenapa? Sebab nota saya banyak gambar. Kan saya kata saya tak suka menulis, jadi saya pindahkan perkataan kepada semiotic. (amek kau, keluar dah semiotic aku) Semiotik adalah sejenis komunikasi yang menggunakan simbol dan sign. Saya amat mengagumi kebolehan orang zaman purba berkomunikasi yang mana mereka melukis simbol-simbol di dinding dan cara ini lebih menarik daripada kau baca perkataan-perkataan yang berlambak tapi in the end, kau tak faham apa yang kau baca. Cara ni banyak saya gunakan dalam nota sejarah (dan sekarang kau tahulah kenapa aku selalu skor subjek yang masyaAllah, orang boleh bunuh diri) Dulu-dulu cikgu marah sebab kenapa nota saya macam tu, tapi nota je kot. Saya buat untuk saya faham. Nak saya skor ke tak nak? Lama-lama beliau bangga dengan cara saya yang dah keluar daripada kotak. Kau tengok movie lagi faham daripada kau baca novel kan? Jadi, jangan terlalu konservatif ketika membuat nota.

Saya juga percaya yang warna sangat penting untuk merangsang otak untuk menghafal. Jangan terlalu kolot ataupun kedekut dengan menggunakan pensel, pen hitam atau pen biru. Sila pergi kedai untuk beli pen warna-warni (saya suka pen stabilo!) kalau taknak pun, guna je lah pensel warna. Tips ini saya praktikkan untuk anak-anak murid saya. Saya tak suka ada 1 warna je dalam buku (oh, ada 2 warna - hitam daripada pensel mereka dan merah daripada pen saya)

Bila baca nota dalam buku teks ataupun rujukan, saya tak suka highlight. Nanti buku saya selekeh dan kalau buku tu kertasnya nipis, ia akan berbekas hingga ke belakang. So, saya gunakan post-it paper yang berwarna-warni. Salin semula ringkasan ayat dan tampal pada page tu. Kalau kau setakat baca dan highlight, susah kau nak ingat. Tapi kalau kau salin semula, kau mesti dapat ingat (ok, tipu. Kau mungkin akan hafal tapi bagus kan?) Cara menyalin semula, saya praktikkan bila kelas penulisan. Sila salin semula karangan pendek dalam buku teks sebanyak 3kali. Nescaya otak mereka dapat dijanakan dengan bait-bait ayat yang gramatis. Ya.

Ada orang kata, belajar secara berkumpulan adalah elok. Oh, tipu semata-mata. Jangan kau percaya. Walaupun waktu di kolej, saya tak banyak belajar (sebab kami lebih banyak buat semester projek) tapi saya tetap tak selesa dengan belajar berkumpulan. Mula-mula berapi-api nak belajar. Bila dah berkumpul, "jom lepak Hassan!"..."ala rilek la, banyak masa lagi,"..."semalam aku pergi Alamanda, pastu..."..."kita buat kat Wings Cafe lah. Boleh makan sekali." (tapi bila dah kat cafe, kau takkan buat kerja. mesti mata kau sibuk usha mamat Mauritius yang hot tu). Agak-agak tahu tak saya belajar kat mana dulu? hehehe. Study group hanya akan melemahkan otak kau orang kerana waktu ni lah yang paling sesuai untuk encik syaitan tahap dewa menyesatkan kau orang. Kalau perlukan kawan, cukuplah seorang untuk dijadikan study partner. Dan ada 3 jenis kawan dalam pilihan. A - walaupun hanya kau dan dia, dia punya bapak setan memang besar dan mampu melalaikan kau. B - rajin belajar tapi kedekut ilmu. Kau memang akan rasa nak bunuh dia lepas ni. C - easy going, tak berapa rajin belajar tapi serious bila tengah belajar dan boleh mengajar. Pilihlah betul-betul tahu?!

Kalau esok nak exam, kau jangan ambil makanan yang terlalu manis macam coklat. Ada orang yang cepat terangsang dengan kandungan gula yang mana akan membuat mereka hyper up dan mula ganggu kawan-kawan lain. Ini pengalaman di kolej. Esok ada paper marketing, malam tu dia makan apa tah, pastu macam orang gila. Dia punya happy tu sampai jadi hyper dan distractive. Serius cuak tengok dia T___T

Dalam kelas tolong fokus. Sebagai cikgu pun, ni memang tips penting yang boleh dikongsikan. 15 minit pertama adalah waktu terpenting dalam kelas kerana waktu ini cikgu akan memberi info-info berguna. Sama macam tengok wayang, kalau kau terlepas 15minit pertama, kau akan susah nak faham jalan ceritanya. Kalau di kolej, selalunya satu subjek makan masa 2jam kan? Percayalah, jam yang pertama tu memang penting. Masuk jam kedua, suka hati kaulah nak buat apa pun. Kalau lecturer masih bercakap, maknanya dia bukan memberi info. Dia hanya berbual-bual kosong ataupun bercerita tentang politik =_=" Masa di kolej, yang seronok jadi budak design adalah satu masa kami adalah 4jam. Datang awal, sign kedatangan, dengar untuk 1jam, present apa yang patut dan habis present idea, buat-buat pergi library, tapi jalan straight ke parking lot, start enjin dan balik. Seronok kan? Hanya kiasu je yang mampu bertahan sampai 4jam dalam studio. (jangan tiru aksi ini kalau kau rasa ia agak biadap. Tapi lecturer kitorang memang tahu auta ni, dan diorang pun buat bodoh. Asalkan kau sign kedatangan dan tak keluar dalam masa 1jam pertama)

Seronoknya jadi pelajar... =_="

Dec 13, 2009

Tanpa Kata

Masih terperangkap dalam mode You're Beautiful. Masih terbuai-buai dalam irama A.N.Jell walaupun itu adalah fictional band semata-mata. Masih mengharapkan A.N.Jell menjadi fenomena Kpop wave baharu. Tapi itu semua hanya harapan. Hidup bukan fiksional.

Saya amat menggemari lagu ini. Bukan sebab tadi saya kata saya cinta akan Park Shin Hye (Park Shin Hye adalah seorang wanita cantik yang boleh kamu jumpai di cawangan-cawangan Etude House). Tapi sebab lagu ni yang membuatkan saya jatuh cinta pada Park Shin Hye. Apa ini? Sama je kan? Ok. Berangan menjadi Park Shin Hye, video ini adalah duet saya bersama Park Shin Hye. harharhar. Chorus je la tapi :P


Malu *lariiiiiii*

Gula-gula Mata

Apa itu gula-gula mata? Siapa tahu apa itu gula-gula mata? Sila semak kamus Bahasa Melayu - English untuk mendapatkan terjemahannya. heheheh.

Dah lama tak cam whoring since camera tiada di sisi. Pinjam compact camera adik untuk ambil gambar yang konon-konon suci. Baiklah. Ini adalah gula-gula mata untuk hari ini (eye candy of the day) Tiada kena mengena dengan gula-gula getah atau chuppa chups yang boleh didapati di 7eleven dengan harga 70sen. Dah mahal, man. Dulu 50sen je kot.


Oh, ni gambar semalam tapi tak sempat upload. hehe


Wajah konon suci tanpa make up. Ramai tak tahu yang mata saya sebenarnya sepet. Baiklah, saya reveal sekarang. Mata aku memang nampak macam mata kucing bila aku pakai eye liner dan maskara ok! Jangan tertipu dengan ilusi mekap yang saya tonjolkan =P


Cikgu Nani dah sedia nak keluar pergi kedai burger kat depan 7eleven. Lapar dan malas nak masak malam ni. Lauk yang dah siap masak pagi tadi dah habis. Ingatkan boleh bertahan sampai malam. Oh Tuhan... terpaksa keluar pergi beli burger. Ok, bye =_="

i'm in love with...

...A GIRL??!

How could that be? It's all her fault. Showing off her pair of puppy eyes, being clumsy, playing too cute to resist. aigo... Perempuan, man... Perempuan. Tapi memang. Semua salah dia! Tidak syak lagi.

Walaubagaimanapun, perasan itu belum mampu menukarkan diriku menjadi lesbian. hahahaha.

Here's a confession to make...



I LOVE YOU....













PARK SHIN HYE!



lalalalala~

p/s: I'm straight. I love my sunshine! heh heh heh hehehe

Dec 10, 2009

when girls suck up...

...the guys stuck up.



Apa kena mengena? Entah. Saya baru habis tengok siri Glee. Berkisarkan tentang Glee Club; kelab koir di William McKinley High School di Ohio yang memerlukan nafas baru supaya tidak dibubarkan. Thumbs up, man! Lagu-lagu sangat fresh. Choreography yang superb. Vocals pun ada kelas. Tapi slack... tak sukanya leading actress dia! Sekali tengok macam Carla (scrubs). Rupa dan perangai, kedua-duanya, pakej yang harus ditampar laju-laju.

Selepas habis marathon 6 episod (fuh... penat bermarathon), saya rasa cerita tu secara subliminalnya cuba mengetengahkan macam mana perempuan cuba memanipulasi lelaki dengan pelbagai cara. Yang paling spoil tentang Glee adalah bila ada satu watak perempuan yang sangat soft spoken, clean freak (sampai sanggup wipe anggur guna tisu satu-satu sebelum masuk mulut), dan bernama Emma. Damn... kenapa Emma? Yang paling membencikan, watak Emma adalah spinster who's chasing after a married man with a pregnant wife. (sekarang kau tahu kenapa aku benci orang nama Emma?)

Kebanyakan watak perempuan dalam Glee sangat kejam. Terry (isteri kepada cikgu Will Schuester), yang sangat drama queen dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan Will ikut cakap dia. Ok, paling kejam bila dia tipu Will cakap yang dia pregnant. Hello, mana boleh kau tipu laki kau cakap kau pregnant sedangkan kau tak pregnant? Sangat-sangat tak faham... Perempuan jahat utama adalah Sue Sylvester (guru Cheer Leader) yang berusaha menjatuhkan Glee Club. Banyak lagi perempuan jahat dalam Glee. Kau orang tengoklah sendiri.

Berbalik pada tajuk, bila perempuan dah jahat teramat sangat (kebanyakannya menipu dan tak jujur) yang lelaki pulak watak dia bodoh-bodoh percaya bulat-bulat pada isteri dan kekasih. Ada jugak watak suami yang jadi pak turut sampai nak makan apa pun kena mintak kebenaran isteri. Nak bangun pergi toilet pun tak boleh kalau isteri tu tak benarkan. Watak Finn (mamat macho yang main football) senang-senang ditipu oleh girlfriend dia, Queen (ketua cheer leader). Queen terlanjur dengan kawan Finn tapi dia cakap tu baby Finn. Finn pelik macam mana Queen boleh pregnant sebab mereka tak pernah make love (dan dia percaya Queen masih dara sebab Queen adalah ketua kelab keagamaan yang sentiasa nak berdoa dulu sebelum make out. hahaha) Queen cakap, masa dalam hot tub, Finn high dan sperm aktif dalam air panas. And that's it, dia pregnant. hahahaha. Bodohkan Finn?

Terlalu banyak kekejaman wanita dan kebodohan lelaki dalam Glee yang ditonjolkan secara di bawah sedar. Saya tak suka perempuan yang kejam macam tu. Tapi saya suka juga tengok Glee sebab konsep cerita itu sendiri. Haish... =_="


Anyway, here's a song that you could find in Glee. I Say A Little Pray for You yang dinyanyikan oleh Queen semasa ujibakat kelab Glee. Saya jatuh cinta pada mata Queen yang sangat comel! Suara dia pun comel. Kalau ada video clip masa dia menari lagu ni lagi comel!

Dec 9, 2009

1 Misscall...

...which change everything to them.


Wah, sangat horror tajuk hari ni. Ye, mengenai 1 misscall. Bukan cerita hantu korea, tapi cerita kelakar tahap nak ketuk kepala mereka. Semalam, tengah saya jaga exam, tiba-tiba ada misscall. Saya keluarkan handphone dari handbag (phone tu in silent mode ok, tapi vibrate dia gegar-gegar i punya punggung sebab handbag letak atas kerusi. haha) dan lihat siapa yang gatal jari tembak my phone. Acap. Ok, budak sekolah tingkatan 1 yang tolong saya waktu tarian dulu. "Nak apa? Tengah jaga exam. Call balik nanti ok!" saya type mesej laju-laju sebab dalam dewan exam, pengawas tak boleh pegang phone. Nanti kalau kena report, kena tindakan pula.

Habis je exam, datang satu lagi misscall. Kali ni dari Raffiq. Baiklah, mereka ini best friend. Saya terus call balik. Tak sedap hati pulak. Dah kenapa budak-budak ni.

Cikgu Nani: Ye, awak kenapa? Perlukan pertolongan ke? (cewah. saya memang selalu berlagak jadi savior)
Raffiq: A'ah. Nak mintak sesuatu. Acap nak mintak couple.
Cikgu Nani: Mintak couple? Saya tak ambil couple dia. Kenapa mintak kat saya?
Raffiq: Mintak couple dengan cikgulah! Cikgu ni...
Cikgu Nani: heh...heh...hah...hah...hah...hahaha. Tolong tiru gelak saya dan gelakkan semula pada Acap. Cakap, tu jawapan untuk permintaan tadi.
Raffiq: (Dia ketawa tak henti ok!) Acap kirim salam sayang. Saya pun sama. Saya punya sayang lagi lebih daripada dia sayang cikgu.
Cikgu Nani: Dah lah! Malas aku layan kau! Bye.

Budak-budak sekarang. Sangatlah... ok... tak jumpa vocab yang sesuai. Please carikan satu vocab yang sesuai. Tak faham ok. Kita dulu punyalah takut nak tegur cikgu kita. Budak-budak sekarang? Siap mintak couple lah, ajak kahwinlah. Oh tidak... Cabaran cikgu masa kini =_="

Dec 8, 2009

Hari menJadi-jadi Part 2

Hari jadi tapi kena jaga exam SPM. Nasib baik paper terakhir you. Esok boleh balik Melaka. Yeay, finally Cikgu Nani pun dah boleh start cuti! Hari ni kitorang buat pot luck dekat sekolah. Ye, sesuka hati. Dah makan banyak, sampahan seperti pinggan dan cawan kertas dibuang dalam tong sampah. Mesti makcik janitor membebel. Cikgu-cikgu ni makan banyak, buat sampah satu tong, tapi tak jemput aku makan. huhuh. Kebarangkalian kami dibebelkan seperti itu mungkin agak tinggi. hehehe.

Maaf, takde gambar. Lupa nak beli bateri double A kat Carrefour Ampang tadi. Kek tajaan saya paling laris sebab sedap ok! Murah tapi sedap. Saya suka beli kek di kedai tu. Nasi lemak tajaan Yasir pun laris di pasaran. Sambal dia sumpah best gila! Rasa macam nak tambah 3 kali tapi malu la. Nampak sangat engkau ni makcik memang kuat makan sampai nak tambah nasi lemak 3 kali. Agak-agaklah. Kesudahannya, semua tersengguk-sengguk masa jaga exam. Kalau saya jadi student, dah lama ambil kesempatan meniru kawan sebelah walaupun kawan sebelah pun tahap kepandaian lebih kurang aje.

Oh sangat tak sabar nak balik esok. Emak dah tanya bila nak balik. Ingatkan nak ajak pergi celebrate makan sate ke apa. Rupanya ajak teman pergi seminar Qnet. Oh not again. Saya tak suka pergi seminar atau kursus ICT sebab macam budak Form5 masuk semula Darjah 5. Ataupun macam Adi Putra si genius matematik di suruh belajar subjek matematik darjah 2. Ok lah. Bye =_="

HE CALLED ME

ALL THE WAY FROM DUBAI!!!

Such a big surprise for me ok?! I never expect he would call me. Yelah, mahal kot. 1 minute's outgoing call would cost RM16. Gila ke apa?! Ah, rindunya! Baru 2hari dia kat sana. Lagi 12 hari I kena macam ni? Dengan time zone yang obviously jauh jaraknya, susah sangat nak jumpa he's on line. 14 hari yang menyeksakan!!!

Ok lah. Nak sambung tidur. Bye. Semoga kamu mimpi yang indah! (saya juga begitu) =P (tak tahu macam mana nak buat icon comel-comel yang menunjukkan I tengah melompat-lompat kegembiraan) heheheheh. Ok bye!

Dec 7, 2009

Hari menJadi-jadi

Lagi dua jam akan masuk 8 Disember. Angka usia meningkat ke satu tahap lagi. Oh tidak... Umur makin tua tapi kenapa masih rasa diri seperti kanak-kanak tak cukup umur dan ada hati nak panggil akak jual karipap tepi jalan sebagai makcik? haha. Sungguh perasan.

Tahun ni sama je kot macam tahun lepas. Kesayangan takde kat sini untuk celebrate. Tahun ni beliau ke Dubai. 2 hari tak berkomunikasi secara lisan dengan beliau. Ok tipu, tadi dia call sekejap. Tiba-tiba duniaku sangat ceria seperti ada pelangi terbit di langit malam yang gelita. Cerita pasal sambutan hari jadi, saya paling tak boleh lupa birthday saya pada tahun 2008. Saya di Melaka dan kesayangan di Shah Alam. Tiba-tiba dia call, saya terkedu. Nangis terharu. Dia play lagu birthday yang sangat comel (maaf, lupa sangat tajuknya tapi lirik lagu tu sangat sweet) Walaupun mp3 yang nyanyi tapi saya tetap rasa ianya sweet. Sweet ok! I never expect that. Dah la masa tu saya tengah busy kejar dateline design untuk client. Client tu pun tengah tunggu dalam bilik boss. Ye, saya memang suka buat sesuka hati. Biarlah! huhu. Tu lah hadiah paling sweet yang pernah saya dapat sepanjang hidup. Tak perlu keluar duit ok!


Saya rindu akan dia


Bila nak balik...

Saya mengalami kemurungan yang melampau ni. Macam mana nak buat ni? =_="

Dec 6, 2009

Edward Cullen itu kacak

errrr...

Kacakkah beliau? Machokah beliau? Apa yang membuatkan Edward si puntianak itu digilai ramai? Kenapa saya sorang je yang tak nampak kriteria-kriteria di atas dalam diri Edward Cullen? Oh tidak... Adakah saya tergolong dalam golongan perempuan abnormal atau paranormal kerana tak nampak kualiti di atas dalam diri jejaka kegilaan ramai? Berbaloikah anda beratur panjang semata-mata nak tengok wajah Edward yang agak pelik bagi saya tu di layar perak? Wow... mengujakan ^___^

Tahun lepas masa cerita Twilight baru-baru keluar, adik beli cd cetak rompak dan ajak tonton beramai-ramai. Wah, terujanya saya nak tengok apa yang best tentang Twilight sampai ramai perempuan tak boleh tidur disebabkan oleh Edward Cullen. Selepas setengah jam pertama...zzzz... benda terakhir yang saya ingat tentang Twilight adalah Edward selamatkan Bella daripada dilanggar oleh... trak? Sumpah tak ingat ok. Tidur dah masa tu. Lepas tu baru-baru ni cuba tengok sekali lagi. Dan masih sama cuma advance sikit kali ni. Saya dapat tengok sampai badan Edward jadi kristal.

Nampak tak betapa cerita tu tak berjaya menarik minat saya untuk kekal setia menonton hingga ke akhir. Apa kesudahan cerita tu? Yang pasti, sangat lembap ok! Benci I!

Dan sekarang ada The New Moon? Orang kata macam filem Sembilu? Ye ke? Mungkin writer dia dapat inspirasi selepas tengok filem Datuk Yusuf Haslam secara marathon kot? Manalah tahu... hehehe.

Ok, babai =_="

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina