Dec 10, 2009

when girls suck up...

...the guys stuck up.



Apa kena mengena? Entah. Saya baru habis tengok siri Glee. Berkisarkan tentang Glee Club; kelab koir di William McKinley High School di Ohio yang memerlukan nafas baru supaya tidak dibubarkan. Thumbs up, man! Lagu-lagu sangat fresh. Choreography yang superb. Vocals pun ada kelas. Tapi slack... tak sukanya leading actress dia! Sekali tengok macam Carla (scrubs). Rupa dan perangai, kedua-duanya, pakej yang harus ditampar laju-laju.

Selepas habis marathon 6 episod (fuh... penat bermarathon), saya rasa cerita tu secara subliminalnya cuba mengetengahkan macam mana perempuan cuba memanipulasi lelaki dengan pelbagai cara. Yang paling spoil tentang Glee adalah bila ada satu watak perempuan yang sangat soft spoken, clean freak (sampai sanggup wipe anggur guna tisu satu-satu sebelum masuk mulut), dan bernama Emma. Damn... kenapa Emma? Yang paling membencikan, watak Emma adalah spinster who's chasing after a married man with a pregnant wife. (sekarang kau tahu kenapa aku benci orang nama Emma?)

Kebanyakan watak perempuan dalam Glee sangat kejam. Terry (isteri kepada cikgu Will Schuester), yang sangat drama queen dan sanggup lakukan apa sahaja asalkan Will ikut cakap dia. Ok, paling kejam bila dia tipu Will cakap yang dia pregnant. Hello, mana boleh kau tipu laki kau cakap kau pregnant sedangkan kau tak pregnant? Sangat-sangat tak faham... Perempuan jahat utama adalah Sue Sylvester (guru Cheer Leader) yang berusaha menjatuhkan Glee Club. Banyak lagi perempuan jahat dalam Glee. Kau orang tengoklah sendiri.

Berbalik pada tajuk, bila perempuan dah jahat teramat sangat (kebanyakannya menipu dan tak jujur) yang lelaki pulak watak dia bodoh-bodoh percaya bulat-bulat pada isteri dan kekasih. Ada jugak watak suami yang jadi pak turut sampai nak makan apa pun kena mintak kebenaran isteri. Nak bangun pergi toilet pun tak boleh kalau isteri tu tak benarkan. Watak Finn (mamat macho yang main football) senang-senang ditipu oleh girlfriend dia, Queen (ketua cheer leader). Queen terlanjur dengan kawan Finn tapi dia cakap tu baby Finn. Finn pelik macam mana Queen boleh pregnant sebab mereka tak pernah make love (dan dia percaya Queen masih dara sebab Queen adalah ketua kelab keagamaan yang sentiasa nak berdoa dulu sebelum make out. hahaha) Queen cakap, masa dalam hot tub, Finn high dan sperm aktif dalam air panas. And that's it, dia pregnant. hahahaha. Bodohkan Finn?

Terlalu banyak kekejaman wanita dan kebodohan lelaki dalam Glee yang ditonjolkan secara di bawah sedar. Saya tak suka perempuan yang kejam macam tu. Tapi saya suka juga tengok Glee sebab konsep cerita itu sendiri. Haish... =_="


Anyway, here's a song that you could find in Glee. I Say A Little Pray for You yang dinyanyikan oleh Queen semasa ujibakat kelab Glee. Saya jatuh cinta pada mata Queen yang sangat comel! Suara dia pun comel. Kalau ada video clip masa dia menari lagu ni lagi comel!

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina