Ok, sangat kelakar. Latihan hari itu memerlukan murid mengisi tempat kosong dengan frasa yang sesuai supaya dapat membentuk ayat. Ayat sepatutnya ialah 'Mereka bertegur sapa sambil berjabat tangan.' Akan tetapi... ok... tak faham... Adakah dia membaca metro tatkala cikgu suruh salin daripada buku teks? Betul-betul tak faham. Reaksiku ketika menanda buku adalah seperti di atas. Serius =___="
Apr 18, 2012
Siapa Ambil Tanah Kerajaan?
May 16, 2010
Selamat Hari Kita

Sempena Hari Kita orang ni, aku nak wish Selamat Hari Guru untuk orang-orang yang dah aku statedkan dalam kad di atas. Tapi aku lupa nak selit sekali beberapa kategori guru-guru yang memang aku lupa akan kewujudan mereka (maaf kawan-kawan. Aku tak berniat nak lupakan kau orang. kekeke)
Baiklah, ini sambungan nama-nama orang yang terlupa aku nak masukkan dalam kad ni.
Selamat Hari Guru untuk...
- guru-guru yang selalu MC kala saat-saat genting seperti kehadiran jemaah nazir.
- guru yang nama je cikgu tapi takde pegang kelas langsung.
- guru-guru yang salu masuk kelas lewat.
- guru-guru sekolah memandu.
- guru-guru kaki kipas boss.
- guru-guru tikam belakang.
Walau apapun panggilan yang kau orang dapat, kau tetap seorang guru. Ingat... kau berdedikasi ke, kau jadi cikgu macam jahanam ke, kau tetap akan dipersalahkan mak bapak kalau murid kau lampi. heh XD
Selamat Hari Guru!
Semoga tabah menjadi seorang guru dalam era yang penuh pancaroba ini =)
::Cikgu Nani::
Dec 9, 2009
1 Misscall...
...which change everything to them.
Wah, sangat horror tajuk hari ni. Ye, mengenai 1 misscall. Bukan cerita hantu korea, tapi cerita kelakar tahap nak ketuk kepala mereka. Semalam, tengah saya jaga exam, tiba-tiba ada misscall. Saya keluarkan handphone dari handbag (phone tu in silent mode ok, tapi vibrate dia gegar-gegar i punya punggung sebab handbag letak atas kerusi. haha) dan lihat siapa yang gatal jari tembak my phone. Acap. Ok, budak sekolah tingkatan 1 yang tolong saya waktu tarian dulu. "Nak apa? Tengah jaga exam. Call balik nanti ok!" saya type mesej laju-laju sebab dalam dewan exam, pengawas tak boleh pegang phone. Nanti kalau kena report, kena tindakan pula.
Habis je exam, datang satu lagi misscall. Kali ni dari Raffiq. Baiklah, mereka ini best friend. Saya terus call balik. Tak sedap hati pulak. Dah kenapa budak-budak ni.
Cikgu Nani: Ye, awak kenapa? Perlukan pertolongan ke? (cewah. saya memang selalu berlagak jadi savior)
Raffiq: A'ah. Nak mintak sesuatu. Acap nak mintak couple.
Cikgu Nani: Mintak couple? Saya tak ambil couple dia. Kenapa mintak kat saya?
Raffiq: Mintak couple dengan cikgulah! Cikgu ni...
Cikgu Nani: heh...heh...hah...hah...hah...hahaha. Tolong tiru gelak saya dan gelakkan semula pada Acap. Cakap, tu jawapan untuk permintaan tadi.
Raffiq: (Dia ketawa tak henti ok!) Acap kirim salam sayang. Saya pun sama. Saya punya sayang lagi lebih daripada dia sayang cikgu.
Cikgu Nani: Dah lah! Malas aku layan kau! Bye.
Budak-budak sekarang. Sangatlah... ok... tak jumpa vocab yang sesuai. Please carikan satu vocab yang sesuai. Tak faham ok. Kita dulu punyalah takut nak tegur cikgu kita. Budak-budak sekarang? Siap mintak couple lah, ajak kahwinlah. Oh tidak... Cabaran cikgu masa kini =_="
Nov 21, 2009
Tahniah Kecomelan!
Saya sepatutnya post cerita ni 2 hari lepas. Tapi takpe. Belum basi lagi. (Ni semua gara-gara kerja yang berlambak-lambak sampai membuatkan saya tak sempat nak berfoya-foya di Blogger. hah!)
Congratulations to all my students atas keputusan yang membanggakan! Terharu sangat. Yelah, first time mengajar. hehehe. Walaupun kelas saya sendiri hanya seorang je yang lulus semua matapelajaran, tapi tetap membanggakan kerana takde keputusan 5E langsung tahun ni! (Banyak ucapan tahniah saya terima daripada guru-guru lain. Mereka seakan-akan bangga dengan keputusan yang tak seberapa tu. Tak pastilah sama ada Tahniah itu ikhlas ataupun mengejek. Ya Tuhan, kenapa saya masih bersikap skeptical? huhuhu) Tapi menurut buku sejarah kelas yang saya ajari itu, inilah kali pertama ada budak lulus semua subjek, tiada keputusan 5E, dan kebanyakan mereka dapat 4C! Terima kasih atas compliment anda, terima kasih kepada anak-anak yang tidak memalukan saya di saat akhir, syukran. Alhamdulillah. 21 daripada 33 orang murid kelas kronik saya lulus bagi subjek Bahasa Melayu Pemahaman. Tapi Penulisan sedikit merosot (semua gara-gara Bahagian C yang membuatkan ramai calon seluruh Malaysia tak score! Info ni pun dapat daripada rakan yang menjadi penanda kertas.)
Untuk 5 orang pelajar saya yang score A dalam Bahasa Melayu, thank you very much! Thanks for the hard work. Saya tetap bangga walaupun hanya 5.
15 orang calon dari sekolah kami mendapat 5A. Tahniah! You deserve it ^____^ Ikhwan, you did it! Si comel yang pernah saya ceritakan di entri lepas, dapat 5A bai! Menangis-nangis dia datang kat saya. Oh so comel! Keputusan keseluruhan UPSR 2009 meningkat 5% berbanding 2008. Encik Khadri si YDP PIBG nak belanja kitorang cikgu-cikgu tahun 6 holiday kat PD! cikgu-cikgu tahun lain, don't be jealous =P jangan cakap-cakap belakang lagi sebab kami dah membuktikan peningkatan walaupun budak-budak tahun ni agak rotten :P
Next year? Saya tak tahu saya di mana. Tahun 6 lagi? Oh tidak! Walaupun budak-budak tahun 5 yang akan naik ke tahun 6 masing-masing request nakkan saya ajari mereka Bahasa Melayu, tapi... tidaaaaak! Saya tak sanggup nak take over the delinquents lagi. If I meant for the delinquents, I have to make sure I can tackle them 2 years earlier before UPSR. So saya ada masa yang lebih untuk buat diorang jadi sebahagian daripada hidup saya. Eh??! Saya sebahagian daripada diorang. ok... baru betul. Barulah ada masa untuk buat diorang dengar cakap saya. (Tak macam budak-budak tahun ni yang masing-masing tak nak dengar cakap. Penat tahu!)
Nov 16, 2009
Saya Sayang Akan Mereka
Selamat Hari Kanak-kanak untuk semua kanak-kanak sedunia! Teruskan berusaha kerana kamulah yang bakal mencorakkan dunia di masa hadapan (bedo'oh beno mung neh. huhuhu)
Hari ni sekolah kami menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia. Seronok sangat. Paling seronok bila tengok team-team tarian saya mendapat sambutan hebat. Tak sangka I. Dari zapin sampailah ke shuffle, kanak-kanak penonton kelihatan sangat teruja (termasuklah ibu bapa yang hadir dan guru-guru sekali) bahaha!
Sebagai guru pembimbing dan jurulatih, saya amat berbesar hati dengan kesungguhan dan kecomelan mereka di pentas. Pergh! Comel bai!
Comel! Sangat comel! Geram! Ikh...!
Siapa sangka otai sekolah hebat berzapin? The uniqueness of Hazrul Hakimi that I really proud of! Ayu gila pakai songkok ngn baju camni segala. Nampak suci ek! hahaha
Double up the fun with my 2 favorite dancers ever! Ikhwan... awww! *saya pun leh hysteria*
Takde perkataan lain lagi dah selain C.O.M.E.L! That's it. Final year. Final dance. Tahun depan takde pelapis. Masak la macam ni. Ish ish...
Ala somel-somel =P Adik yang sangat manja. Ye, ada hati panggil saya kakak ye? haha. Dia memang sumpah manja gila! Sebab dia anak bongsu kot. (tapi kenapa mata saya begitu? hahaha. buruk gila!)
Ramai cikgu cakap Ikhwan ni day by day jadi makin sweet. Sweet keeee? Sweet la. Tapi sengal ok! Dia suka prank saya dengan lawak bodoh yang sangat susah saya nak faham. Pastu dia dengan Muhaimin (Head Prefect) akan gelakkan saya. Dan saya... masih clueless. haha
Saya rasa saya sangat comel bila dikelilingi oleh budak-budak tak cukup umur. hahaha. Sebab tu saya jadi cikgu sekolah rendah kot. Nak macam ni dengan budak sekolah menengah? Bahaya tu bai!
Masters of the Cubic... kecuali saya lah. haha. Yang pakai cap tu Zul. Sangat terel Math. Selalu jadi mangsa calculator bergerak saya untuk kira markah ujian. (padan muka!) Sangat baik, comel dan menurut perintah. Pandai main bola siap. Ye Zul, cikgu dah up kan awak. Kalau ada girls nak tackle, bawak jumpa cikgu dulu. Bagi cikgu interview. huhu.
Yang depan sekali tu lah Muhaimin. Rival Cafe World saya. Hari-hari kitorang berebut-rebut update Cafe World supaya tak kalah pada satu sama lain. Damn... dengan budak pun nak serious. hahah. Beliau adalah budak pertama yang berjaya selesaikan masalah Cubic kat sekolah tu. Baik hati tolong ajar kawan-kawan. Siap ajar saya sekali. Tapi disebabkan kelembapan otak untuk menerima cara penyelesaian masalah logical, saya masih tak hafal step nak selesaikan cubic tu. Bencilah! Camne leh kalah dengan anak murid sendiri ni?! (Mengaku je lah kau sangat lembab dalam math. Sebab tu kau takleh selesaikan cubic tu.)
Khamis ni result UPSR keluar. Tapi darlings, saya tak dapat share joyous tu dengan korang sebab saya kena jaga exam SPM. cilabi betul. Nasib baik Jumaat saya boleh balik semula ke sekolah. Kalau tak, mungkin saya meraung di SMK Bandar Baru Ampang sebab tak dapat jumpa dengan Wajah-wajah Kesayangan Hamba buat kali terakhir. hurm... (=_=")