Dec 7, 2009

Hari menJadi-jadi

Lagi dua jam akan masuk 8 Disember. Angka usia meningkat ke satu tahap lagi. Oh tidak... Umur makin tua tapi kenapa masih rasa diri seperti kanak-kanak tak cukup umur dan ada hati nak panggil akak jual karipap tepi jalan sebagai makcik? haha. Sungguh perasan.

Tahun ni sama je kot macam tahun lepas. Kesayangan takde kat sini untuk celebrate. Tahun ni beliau ke Dubai. 2 hari tak berkomunikasi secara lisan dengan beliau. Ok tipu, tadi dia call sekejap. Tiba-tiba duniaku sangat ceria seperti ada pelangi terbit di langit malam yang gelita. Cerita pasal sambutan hari jadi, saya paling tak boleh lupa birthday saya pada tahun 2008. Saya di Melaka dan kesayangan di Shah Alam. Tiba-tiba dia call, saya terkedu. Nangis terharu. Dia play lagu birthday yang sangat comel (maaf, lupa sangat tajuknya tapi lirik lagu tu sangat sweet) Walaupun mp3 yang nyanyi tapi saya tetap rasa ianya sweet. Sweet ok! I never expect that. Dah la masa tu saya tengah busy kejar dateline design untuk client. Client tu pun tengah tunggu dalam bilik boss. Ye, saya memang suka buat sesuka hati. Biarlah! huhu. Tu lah hadiah paling sweet yang pernah saya dapat sepanjang hidup. Tak perlu keluar duit ok!


Saya rindu akan dia


Bila nak balik...

Saya mengalami kemurungan yang melampau ni. Macam mana nak buat ni? =_="

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina