Dec 15, 2009

Tips belajar daripada Cikgu Nani

Baiklah murid-murid. Hari ini Cikgu Nani berhati mulia ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin 50% berguna dan 50% sampah. Pilih yang mana-mana berkenan untuk digunakan kerana tips ini dah saya gunakan sehinggalah saya berjaya menjadi cikgu sekarang. Kalau nak cerita pasal tips yang biasa saya berikan pada anak-anak murid, saya rasa kurang sesuailah untuk digunakan oleh kau orang since saya mengajar Bahasa Melayu sekolah rendah. hahaha. So, saya akan kongsikan pengalaman masa saya belajar dulu.

Oh, tapi mungkin juga kurang sesuai sebab saya adalah pelajar Seni Reka dan kurang waktu belajar dalam kelas. Banyak masa dihabiskan untuk subjek studio dan workshops. Tapi mungkin masih boleh guna. Ok, ehem ehem. (jangan engkau nak pertikaikan macam mana bekas graduan Grafik boleh mengajar Bahasa!)

Ok, mula dengan menulis nota. Sejak sekolah, saya memang tak suka tulis nota tapi nota saya selalu jadi bahan rujukan dan bahan untuk difotokopi oleh kawan-kawan. Kenapa? Sebab nota saya banyak gambar. Kan saya kata saya tak suka menulis, jadi saya pindahkan perkataan kepada semiotic. (amek kau, keluar dah semiotic aku) Semiotik adalah sejenis komunikasi yang menggunakan simbol dan sign. Saya amat mengagumi kebolehan orang zaman purba berkomunikasi yang mana mereka melukis simbol-simbol di dinding dan cara ini lebih menarik daripada kau baca perkataan-perkataan yang berlambak tapi in the end, kau tak faham apa yang kau baca. Cara ni banyak saya gunakan dalam nota sejarah (dan sekarang kau tahulah kenapa aku selalu skor subjek yang masyaAllah, orang boleh bunuh diri) Dulu-dulu cikgu marah sebab kenapa nota saya macam tu, tapi nota je kot. Saya buat untuk saya faham. Nak saya skor ke tak nak? Lama-lama beliau bangga dengan cara saya yang dah keluar daripada kotak. Kau tengok movie lagi faham daripada kau baca novel kan? Jadi, jangan terlalu konservatif ketika membuat nota.

Saya juga percaya yang warna sangat penting untuk merangsang otak untuk menghafal. Jangan terlalu kolot ataupun kedekut dengan menggunakan pensel, pen hitam atau pen biru. Sila pergi kedai untuk beli pen warna-warni (saya suka pen stabilo!) kalau taknak pun, guna je lah pensel warna. Tips ini saya praktikkan untuk anak-anak murid saya. Saya tak suka ada 1 warna je dalam buku (oh, ada 2 warna - hitam daripada pensel mereka dan merah daripada pen saya)

Bila baca nota dalam buku teks ataupun rujukan, saya tak suka highlight. Nanti buku saya selekeh dan kalau buku tu kertasnya nipis, ia akan berbekas hingga ke belakang. So, saya gunakan post-it paper yang berwarna-warni. Salin semula ringkasan ayat dan tampal pada page tu. Kalau kau setakat baca dan highlight, susah kau nak ingat. Tapi kalau kau salin semula, kau mesti dapat ingat (ok, tipu. Kau mungkin akan hafal tapi bagus kan?) Cara menyalin semula, saya praktikkan bila kelas penulisan. Sila salin semula karangan pendek dalam buku teks sebanyak 3kali. Nescaya otak mereka dapat dijanakan dengan bait-bait ayat yang gramatis. Ya.

Ada orang kata, belajar secara berkumpulan adalah elok. Oh, tipu semata-mata. Jangan kau percaya. Walaupun waktu di kolej, saya tak banyak belajar (sebab kami lebih banyak buat semester projek) tapi saya tetap tak selesa dengan belajar berkumpulan. Mula-mula berapi-api nak belajar. Bila dah berkumpul, "jom lepak Hassan!"..."ala rilek la, banyak masa lagi,"..."semalam aku pergi Alamanda, pastu..."..."kita buat kat Wings Cafe lah. Boleh makan sekali." (tapi bila dah kat cafe, kau takkan buat kerja. mesti mata kau sibuk usha mamat Mauritius yang hot tu). Agak-agak tahu tak saya belajar kat mana dulu? hehehe. Study group hanya akan melemahkan otak kau orang kerana waktu ni lah yang paling sesuai untuk encik syaitan tahap dewa menyesatkan kau orang. Kalau perlukan kawan, cukuplah seorang untuk dijadikan study partner. Dan ada 3 jenis kawan dalam pilihan. A - walaupun hanya kau dan dia, dia punya bapak setan memang besar dan mampu melalaikan kau. B - rajin belajar tapi kedekut ilmu. Kau memang akan rasa nak bunuh dia lepas ni. C - easy going, tak berapa rajin belajar tapi serious bila tengah belajar dan boleh mengajar. Pilihlah betul-betul tahu?!

Kalau esok nak exam, kau jangan ambil makanan yang terlalu manis macam coklat. Ada orang yang cepat terangsang dengan kandungan gula yang mana akan membuat mereka hyper up dan mula ganggu kawan-kawan lain. Ini pengalaman di kolej. Esok ada paper marketing, malam tu dia makan apa tah, pastu macam orang gila. Dia punya happy tu sampai jadi hyper dan distractive. Serius cuak tengok dia T___T

Dalam kelas tolong fokus. Sebagai cikgu pun, ni memang tips penting yang boleh dikongsikan. 15 minit pertama adalah waktu terpenting dalam kelas kerana waktu ini cikgu akan memberi info-info berguna. Sama macam tengok wayang, kalau kau terlepas 15minit pertama, kau akan susah nak faham jalan ceritanya. Kalau di kolej, selalunya satu subjek makan masa 2jam kan? Percayalah, jam yang pertama tu memang penting. Masuk jam kedua, suka hati kaulah nak buat apa pun. Kalau lecturer masih bercakap, maknanya dia bukan memberi info. Dia hanya berbual-bual kosong ataupun bercerita tentang politik =_=" Masa di kolej, yang seronok jadi budak design adalah satu masa kami adalah 4jam. Datang awal, sign kedatangan, dengar untuk 1jam, present apa yang patut dan habis present idea, buat-buat pergi library, tapi jalan straight ke parking lot, start enjin dan balik. Seronok kan? Hanya kiasu je yang mampu bertahan sampai 4jam dalam studio. (jangan tiru aksi ini kalau kau rasa ia agak biadap. Tapi lecturer kitorang memang tahu auta ni, dan diorang pun buat bodoh. Asalkan kau sign kedatangan dan tak keluar dalam masa 1jam pertama)

Seronoknya jadi pelajar... =_="

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina