Jan 31, 2010

tough decision

Bukan senang nak melepaskan sesuatu itu pergi setelah apa yang engkau dapat manfaat daripadanya. Tapi untuk kebaikan diri, terpaksa jugalah engkau ucapkan selamat tinggal kepada sesuatu itu...


Kenapa saya berhenti buat Atkins Diet? Bukan sebab ia tak bagus. Ia sangat berkesan. Serius tak tipu. Bayangkan, dua minggu pertama boleh hilang 5kg. Siapa tak teruja, kan? Tapi lepas sebulan saya buat Atkins, saya dapati yang saya selalu kurang tenaga. Semua tegur kenapa muka tak bermaya? Paling obvious bila saya kembali ke gym. 3 hari lepas, saya hampir jatuh terkulai di tangga sebab kehabisan tenaga bila berlari 10x turun naik tangga. Tengah buat fitness, saya muntah. Muka dah pucat. Trainer suruh makan ice cream sebab nak recover gula yang hilang tu. Bukan hilang, tapi saya tak ambil gula langsung. kekekeke. Bila dia tahu, teruk jugak saya dileteri.

Hari ni, benda yang sama berlaku. Saya jatuh terduduk bila buat weight lifting. Nasib baiklah machine tu straight bar. Kalau bar yang kena angkat sendiri tu, mampus aku kena hempap dengan bar yg bapak berat tu. haha. Pastu bila buat step up 100 stairs climbing, baru 20 stairs dah mengah macam anjing. My trainer kata, takde diet yang buruk. Cuma bila kita salah sikit, benda yang bagus tu akan jadi benda terburuk sekali yang kita akan buat. Yes, untuk seorang perempuan melakukan moderate activity dan sering ke gym, perlukan banyak tenaga, Atkins bukan diet yang sesuai. Atkins sesuai untuk orang yang cuma buat light activity sahaja. Kau bayangkan kerja cikgu zaman sekarang ni. Mana boleh duduk diam. Bukan seperti kerja ofis. Kau kena bergerak sana sini. Belum masuk kejar budak lagi tu. haha. Protein je tak cukup untuk supply energy. damn...

Orang yang berat melebihi 100kg, boleh turun hingga 60kg dengan Atkins tapi belum mampu shape up kan badan dia macam orang lain yang mempunyai berat 60kg. Bila saya buat Atkins, daripada ada muscle, terus lemah muscle tu. Daripada metabolic rate tinggi, terus jatuh. Fats yang diambil belum mampu membakar fats yang dah tepu dalam badan. Jadi saya kena build muscles balik untuk burn all the fats. Susah tahu! Saya kena makan banyak dan tak boleh ponteng gym. Alahai...

Kalau kamu seorang yang tak suka exercise banyak, tak buat fitness yang berat, tak buat weight lifting, kamu try lah Atkins. Atkins is a way of life ^__^

you are what you eat

Sejak bila blog ni berubah jadi carb counter journal ni? ah, persetan!

Apa yang saya makan hari ini? Jom semak Net Carbs nya

3 cups bok choi - 2.4 g
chicken soup with dumplings - 10 g
thymes - 0.2 g
chili powder - 0.6 g
pistachio - 3.6 g
lemon juice - 3.6 g
full cream milk - 11.8 g

total carbs - 33.2 g

damn! i took over 3g today. shucks! damn! what should i doooooo?!!!!

Jan 23, 2010

bila saya kurus nanti...

saya nak resign dan apply kerja ini...





bahahahaha!

Jan 22, 2010

now and then...



selagi tak kurus macam dia ni, saya takkan berhenti diet. hahahah


Weight Loss Recent Update

Diet Type: Atkins
Stage: Phase 2 - Ongoing Weight Loss
Start Diet: 5th January 2010
Take-off Weight: 68kg
Current Weight: 63kg (dated on 20th January)
Weight Loss Remaining: 9kg

Jan 19, 2010

Butter prawn scramble eggs

jeng!

Kedengaran seperti mengiurkan tak? Hari ni malas sungguh nak masak tapi kena juga masak kalau tak nanti lapar. Resipi ni rasa-rasanya ciptaan sendiri. Mula-mula nak wat Butter Prawn tapi macam tak jadi je. Last-last, campak telur makanya jadilah scramble eggs. hahaha

Ingredients A
10 shrimps
3 cloves of garlic (chop very finely)
pinch of salt
pinch of black peppers
few drops of non MSG seasoning sauce
4tbs of lime juice

2 eggs
3tbs of butter

marinate the shrimps with Ingredients A. Leave it aside. Then melt the butter in frying pan. Fry the marinated shrimps in the melted butter till the shrimps turn a bit red. Crack in the eggs and scramble it well. Ready to serve!

Make: 1 Servings
Carbs: 9.4 grams (approximately but < 10 g)
Protein: 30.5 grams
Calories: 246

This recipe is suitable for Atkins Dieters. Enough to make you feel stuffed and delicious as well. Kalau nak wangi lagi, sila letak daun limau. Serious, marvelous. Bagi resipi siap dengan maths dia lagi. Cubalah. Dah siap-siap kira tu. Ingat senang? huh =_="

Jan 12, 2010

Saya Hampir Ke Situ

Hari ni hari ke-8 menjalani Atkins diet. Alhamdulillah. Masa hari ke-6 tu hari, saya timbang berat. Oh, sudah berjaya mencecah 65kg. Masih ada 10kg untuk dikurangkan. 3kg dalam masa 6 hari! Siapa tak teruja?

Kesayangan pun kata badan saya dah susut. Ibu pun kata saya dah nampak kurus (that's why dia tak bising bila saya pakai jeans dan baju paras punggung. wahaha) Kawan-kawan, ada yang membantu, ada yang memang besar syaitanirrajim dia. Ada yang teruja nak cuba juga diet ni. Memang seksalah sebab kita orang Malaysia biasa makan nasi. Kita dan Karbohidrat tak boleh dipisahkan. Tapi sekali-sekala berubah untuk diri sendiri apa salah kan?

Hujung minggu ni nak timbang semula. Berapalah turun kali ni. I sacrifice too much on it.


And yes, I'm almost there!!!

Jan 9, 2010

Seharian bersama Dr. Atkin

Day 5...


Breakfast : Chunky tuna, Parmesan cheese powder, broccoli + mineral water

Lunch : Vege soup (broccoli, poached egg, cherry tomatoes, chicken chunks, anchovies) + mineral water

Snacks : cherry tomatoes

Dinner : Chunk tuna, mayonnaise, scramble eggs (mix it up and wrap with coral lettuce) + mineral water.

5 hari mengamalkan Atkins diet. Bukan sesuatu yang mudah. You have to endure the starves. Say no to carbohydrates. So far, it does show a good progression. I lost 2kgs since i start low carb diet 5 days ago. Impressive kan? My goal? To lose another 10kgs. And it's not an impossible thing to be done. Work hard for it. By the end of the year, i should achieve my goal.

hurm.... there goes my azam yang tak nak fikir pasal azam. damn... =_="

Jan 4, 2010

Keterujaan

Kenapa entah, sejak akhir-akhir ni kalau nampak baju pengantin, rasa teruja sangat-sangat. Dah sampai seru nak sarung baju tu kot. Wah! Kelas kau!


credit to cikdida@photobucket

Kurus dulu nani!*pang!!!* (tampar muka sendiri laju-laju kasi sedar diri sikit)
sigh

=_="

Jan 1, 2010

Housemate Baharu Saya

Ada sesuatu yang saya suka tentang housemate baharu saya...

...



.....


.......



..........



...beliau suka Kpop!!!

Cayalah! Nasib baik kau pandai ambil hati aku yang sedikit cerewet ni =_="

KL Meletup!

Apa aktiviti saya di malam Tahun Baru? Jom tengok sikit.

31 December 2009, 10.35 malam,

Gayut dengan kesayangan. Cerita tentang betapa terujanya saya nak tengok bunga api malam tahun baru ni. Tak sabar nak tunggu jam 12 tengah malam.

31 December 2009, entah-pukul-berapa malam,
Terlelap... Zzzzzz.... (Punah sudah harapan dan keterujaan nak tengok bunga api) sigh.

1 Januari 2010, 12.00 tengah malam.

Terjaga dari lena sebab terkejut dengan bunyi letupan. Seriusly saya ingat bom meletup. Agak bangsat. Terus berkejar ke tingkap bilik. Oh So Wow!!! Bunga api!!! (masa ni dah melonjak keriangan. Macam tak pernah tengok. sigh. Tapi serius teruja)

Heh, saat ni mula terfikir... Nasib baik tak keluar duit ratus-ratus tempah PNB Darby Suite untuk tengok bunga api Tahun Baru. Terlupa pula dari tingkap bilik boleh nampak KLCC. sigh. Kadang-kadang ini yang membuatkan saya suka bilik saya. Tika ini, bunga api yang terakhir baru saja meletus. Cantik. Tapi kenapa takde yang macam dalam kartun tu? Kenapa takde tulisan Happy New Year 2010?! Tak thrill lah! Penat je tunggu. Setakat bunga api camni, balik kampung pun saya boleh tengok free (tapi tengok dari paras tanah dan mendongak ke atas adalah tak syok) Mesti pelikkan macam mana kitorg boleh tengok bunga api kat kampung? Sebab paklong kami polis, dia selalu bawak balik tong bunga api besar tu bila raya. Apa barang takat mercun katak je bai? huhuh. Ok, sudah. Nak sambung tidur.

Selamat Tahun Baru!!!


Budak perempuan tu adik saya. Birthday dia semalam. Saya bagi dia hadiah, topup rm5. Gila kedekut kakak :P


Perlu ke duduk di belakang langsir semata-mata nak ambil gambar ni makcik? sigh

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina