Sep 26, 2009

Namanya Si Debab

Bangun pagi terus pergi dapur buat frosting cupcake. Seronok kan rutin harian saya? Hari ni maksu datang tengok saya buat frosting. Dia pun sibuk nak belajar tapi maaflah sebab masa tu tinggal lagi 2 cupcake yang belum frost. Malaslah nak ulang balik setakat nak ajar macam mana nak buat frosting cream tu. Lain kali datang awal sikit ya? Sama juga macam kita pergi tengok wayang, 15 minit pertama tu kalau terlepas memang dah takde guna sebab kemungkinan besar kita akan lambat faham jalan cerita atau mungkin tak faham langsung. Ingat, 15 minit pertama adalah waktu yang terpenting sekali!

Ibu kata frosting saya makin hari makin comel. Terima kasih, ibu. Semua orang bagi cadangan untuk saya buat bisnes kecil-kecilan. Hurm, boleh jadi jutawan senyap (silent millionaire). Oh, saya baru je baca 2 muka surat pertama buku "Menjejaki Jutawan Senyap". Mungkin saya akan ikut jejak langkah mereka. Tapi bila? Tak tahulah. Bagaimana? Tak pastilah saya. Ada masa ke? Mungkin tidak =P




Budak bulu warna kuning. ewieee


And here I present you the cake decorator... Miss Debab!

Baiklah. Tinggalkan cerita cupcake itu. Saya dah mandi. Dah wangi dan cantik. Sekarang nak keluar pergi beraya ke rumah Ustazah Salamah. Dah lama tak jumpa beliau. Ibu kata beliau sangat rindu akan saya. Anak murid kesayanganlah katakan. Ya, saya memang baik dan berpekerti mulia. Sebab itu ustazah sayang saya. Perasan lagi.


Cik Debab lepas mandi dan wangi menjadi berseri-seri macam mak datin.

Sep 25, 2009

Untuk Kepuasan Diri

Huh... Letihnya saya. 5 jam bertapa di dapur sambil menyiapkan fruit cake untuk ibu dan cupcakes untuk kepuasa diri sendiri. Tapi tak siap picit frosting lagi. Malas pulak rasanya. Esoklah kot. Dari hari tu saya teringin nak buat binatang berbulu yang saya jumpa di Astro Warna tu. Comel sangat dia melompat-lompat sambil berlari atas treadmill. haha geram! Petang semalam saya keluar pergi kedai untuk cari nozzle yang boleh buat frosting macam tu. Jumpa pun tapi mahal! Tiba-tiba je terasa seronok tinggal di Shah Alam kerana bakers stuffs lebih murah dan mudah nak cari. hehe.


Wajah yang sangat ngeri dan buruk tetapi comel sebab dia berwarna pink!

Dengan muka yang penat dan berminyak setelah berjam-jam duduk di dapur, masih ada hati nak camwhoring sebab dah lama tak buat kerja tu. Takpe. Masih lagi untuk kepuasan diri sendiri.


Suka sangat perasan comel.

Inilah rupa saya tanpa makeup. Saya memang tak confident keluar rumah tak pakai makeup. Eeee apa ini? Saya ada sindrom yang sama seperti yang dihadapi oleh Rozita Che Wan ka? Haiyaaa... Tapi serius, keluar pergi kedai belakang pun saya mesti pakai lipgloss sekurang-kurangnya (takdelah sampai pakai bulu mata palsu tiga lapis. hehehe)


Pose kegemaran saya yang konon-kononnya Sailormoon. Memang perasan.

Forgivemyrandomness::Percaya atau tak, saya mengambil gambar diri sendiri menggunakan DSLR EOS350D saya yang berat itu? XD

Sep 24, 2009

Cerita tentang adik bujang kami 2

Last night ayah saya cerita pasal Uncle Bala (driver ayah) datang beraya kat rumah nenek. Pastu apa tah yang ayah cerita (saya tak faham sebab saya ni blur sikit kadang-kadang... *cough*sgt blur). Yang pastinya, Uncle Bala ada cerita pasal somebody ni (which I don't know who is he) yang anak dia nak masuk Flying Academy. And Uncle Somebody tu tengah pening macam mana nak cari RM200k untuk yuran jadi pilot. Mahal rupanya nak jadi pilot ni eh? Lepas tu, ayah pun terdiam dan termangu seketika. Uncle Bala pun tanya, "Tuan, kenapa? Tuan kesian sama dia ka?" hukaloh. "Taklah Bala. Saya kesian sama saya juga sebab anak saya pun mahu jadi pilot." hahaha. Aduhlah bapaku seorang ni.

Tadi saya dan adeq pergi membeli-belah dia Dataran Pahlawan. Padini Concept tengah sale gila-gila! Lepas beli dua helai blouse, kami rasa lapar dan singgah makan di sebuah fast food restaurant. Malaysia punya kot sebab tak pernah dengar namanya. Makanan, memang best. Beef burger dia superb. Daging dia memang savoury, tebal dan sangat juicy. Blackpepper sauce pun tak berapa pedas. Packaging ala-ala gerai burger tepi jalan je pun kot. Harga pun reasonable. Tapi yang mengecewakan, service lembab tahap siput berjalan pun lebih laju daripada si cashier yang berjalan ala-ala kucing berjalan. Awak tu frontman restaurant, kenalah pantas. Mana sempat nak catwalk control-control ayu ni. Aduhai... Lepas kami habiskan fries kami, barulah sampai burger yang kami pesan. Lambat kan? Orang sebelah kami pun sampai mendengus-dengus sebab ayam dia seketul lagi belum sampai padahal nasi di pinggan dah licin sampai tak tinggal barang sebutir pun. hahaha. Queue pula makin lama makin panjang sampai je pintu. Sebab tu lah produk kita tak boleh challenge produk antarabangsa. Bukan tak mahu sokong, tapi sendiri mahu ingatlah.

Sep 23, 2009

Love is Hate?

Kenapa bila kita sayang seseorang, kita akan sakit hati? Orang dulu-dulu selalu bilang, "Ha, kau benci la orang tu cukup-cukup. Esok-esok, orang tu jugaklah yang jadi laki kau." Hehe. Tapi memang pun kan? Dalam cinta ada benci. Dalam benci ada cinta. (apa yang kau merepek ni setan?)

Kalau kita ambil vocab jepun pun lebih kurang juga. Suki = cinta/sayang/suka. Kirai = benci. Apa sebenarnya point saya ni ya? Begini. Kalau kamu pernah main chiritori (permainan ini memerlukan kita mencari perkataan lain menggunakan suku kata akhiran perkataan sebelumnya) Suki boleh disambung dengan Kirai. Make sense huh? (Saya merepek lagi)

Ok, berbalik pada cerita (mungkin tak bersangkut paut dengan tajuk). Ok, sebenarnya takde point pun pasal tajuk tu. Apa yang saya nak cerita pun saya dah lupa. Ini semua sebab cerita budak gila itu (yang, b dah buat nani lupa pada cerita asal nani)

Oh ya, saya cuma nak beritahu tentang ini. Saya peduli apa orang tak suka saya (ya puan-puan. Saya mengaku saya memang annoying gila) Saya tak suka orang kacau saya dan mengusik harta-harta serta apa-apa kepunyaan saya. Saya akan jadi orang yang sangat kejam jikalau saya diusik ok? Dan tak penting pun untuk saya ambil peduli sama ada orang itu suka saya atau tidak sebab saya memang tak suka mereka. lalalala

Oh sebelum terlupa. Ini adalah kisah budak zaman sekarang. Pagi tadi ada sekumpulan budak-budak kecil (takdelah kecil sangat. dalam darjah 4 atau 5 dan tahu berfikir!) datang ke rumah nak beraya. Punyalah tamak nauzubillah. Ayah saya memang suka sediakan coklat yang diletakkan dalam balang untuk tetamu. Ok, back to the story. Budak-budak ni ambil segenggam coklat dan disumbat ke dalam handbag salah seorang rakannya di hadapan saya. Tak malu ke? Mak tak ajar, mungkin. tsk tsk... Kan ke buruk perangai tu? Makan ajelah apa yang ada. Tak perlulah kot sampai ambil semua sekali dan sumbat ke dalam beg. Itu satu hal. Tengah sibuk-sibuk menyumbat coklat dan berebut-rebut sambil ketawa terbahak-bahak, budak ni terlanggar saya yang sedang menuang air. Tumpah! Damn you! Nasib baik kau budak! Tapi disebabkan kau budaklah yang buat saya rasa tak sabar! Dengan muka yang takde nak cover cun terus mendengus dan pergi ke dapur ambil tuala. Tambah kerja aku!

Pengajarannya di sini anak-anak, behave yourself bila bertandang ke rumah orang. Mak-mak pula, ajarlah anak-anak kita macam mana nak behave. Kalau mak-mak tak reti nak mengajar, meh sini. Biar Cikgu Nani yang ajar! *sigh*

Sep 22, 2009

Cerita tentang adik bujang kami

Sekian lama saya tidak menempekkan gambar rajah tentang diri saya dalam blog ini. Eh, pernah ke? Tak mengapalah kerana hari ini saya akan lakukannya jua. hahaha. Saya mulakan dengan appetizer yang sangat mengiurkan.



Comel ke tidak cupcake yang saya buat ni?



Cupcake hiasan yang baru saja saya sudahkan selama 3 jam duduk tegak di dapur. Penat tahu tak? Baru kini saya faham kenapa orang jual cupcake mahal nak mati.



Ibu yang gorgeous dengan anak-anak daranya yang fabulous. lalala



Saya tak pasti kenapa bila Apit ambil gambar dengan saya, pose nya agak skematik. Memang tak boleh belah.



Tapi bila dia bergambar dengan Adeq si senget ini pasti pose nya sakan. Lantak koranglah. haha.

Oh ya, bercakap tentang Apit iaitu adik bongsu saya yang senget itu, ada sesuatu yang keluar dari mulut beliau sehingga membuatkan kami ternganga seketika. Ayah tanya pada dia, "...lepas habis SPM ni nak buat apa?" Makanya, jawapan dia sebegini, "Apit nak enroll MFA (Malaysia Flying Academy)." Itu bermaksud dia mahu menjadi pilot, bukan? Alahai adikku seorang ni. Dia memang macam tu. Very very unpredictable. Tak ada seorang pun yang akan berjaya membaca apa yang ada di dalam kotak otak beliau. Setelah dihebohkan oleh ayah kepada pakcik makcik nenek dan datuk di kampung (ya, ayah memang suka berbangga dengan mamat yang seorang ni), mereka semua setuju dengan tindakan bijak budak ini.

My aunt mesti happy sakan setelah dia berjaya memeluk cium adik bujang saya ni. Saya pun tak pasti mengapa kerana mungkin mamat ni adalah seorang yang sukar didekati kerana dia memang isolated. hahaha

Apa-apa je lah. Janji kau bahagia.

Sep 19, 2009

Happy Eid!

Happy Eid to Muslims around the world.

I'm suffering from backache since i haven't got enough rest since i arrive from KL. Busy with cupcakes deco. And now my mom said that I should add more cupcakes since she wants to give out to relatives. Ok, let's do it tonight. I need some times to stretch my back. lol.

It's already September. Just few more months left for me to be with my students before they leave for Junior High (so sad). I'm gonna miss them (I think I missed them already). To tell you the truth, I'm not ready to let them go since I haven't teach them how to live as a teenager (my bad). Ajam, I hope you'll be a better boy someday. It's ok to be kiddish, but please do grow up since you're a big boy now. I call him as my 'Anak Bujang'. Yes, he's my most favorite since I bring him up from a jerk to something. From the naughtiest kid in town to the most obbedient kid to parents and to me as well. Too many things to share about this kiddo (and everytime i think of him, my eyes will start flood by tears)

Kids, don't let me down. Be somebody. Be something at least to yourself. Just let people talk rubbish about you because to me, you guys are like shining pearls in the sands.

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina