Dec 24, 2009

Photoshop Tutorial (Intermediate Class)

Tiba-tiba je dah masuk kelas Intermediate. Mana Beginner class? Tak mengapa. Sebab saya anggap kau orang dah tahu selok-belok photoshop yang asas. Buang masa pula kalau nak buat kelas beginner kat sini. Baik, tak nak buang masa. Straight to the point.

Yang paling penting dalam permainan photoshop adalah layer box. Bila saya kata tukar kepada sekian sekian sekian, sila cari di scroll yang ada appear "NORMAL" di layer box. Faham?

Gambar 1: Layer box

dan bila saya kata di Layer Tab, sila pergi ke tab yang tersusun rapi di sudut atas window dan cari Layer

Gambar 2: Layer tab

Ok, now let's move on. Cari satu gambar yang kamu nak edit.


1. Gambar ini dibiarkan Normal dengan Opacity 100%

2.
Duplicate gambar ini dan layer 1 copy ditukarkan kepada Screen dengan capacity 49%
Gambarnya akan bertukar seperti ini:


3. Go to Layer>New Fill Layer>Solid Color dan pilih warna #0f1b45 dan tukar kepada Exclusion dengan opacity 100% di Layer box

(Tips: Bila keluar Color Picker box ni, kau copy sahaja nombor warna yang dah saya bagi tu dan paste dalam kotak yang saya bulatkan. hehe)
Nanti gambar kamu akan berubah warna sebegini:


4. Go to Layer>New Fill Layer>Solid Color dan pilih warna #cffcff > tukar kepada Soft Light dengan opacity 100% di layer box.
Gambar kamu akan berubah warna lagi:


5. Duplicate gambar asal (Layer 1) dan tekan ctrl+shift+] ataupun guna mouse, drag sampai atas skali di layer box.(tips: cara mudah duplicate layer - tekan alt + drag layer yang nak di duplicate ke layer teratas) Di layer box, tukarkan kepada Color Burn dengan opacity 100%
Gambar berubah lagi:


6. Duplicate lagi gambar asal dan bawa ke layer paling atas > Color Burn with opacity 50%.
Gambar akan menjadi:


7. Duplicate lagi sekali gambar yang sama dan bawa ke layer paling atas > Color Burn with opacity 38%.


siap!

Tambahan: kalau nak cantik, cari icon texture yang menarik dan letak di layer paling atas. Tapi icon texture biasanya 100x100. Cari je lah apa-apa gambar menarik yang boleh dijadikan texture sebagai effect tambahan.


gunakan texture ni dan letakkan di layer teratas > Soft light with opacity 100%


ok dah siap! icon 100x100 sedia digunakan. Kalau nak apply pada gambar besar pun boleh. Tapi kena pandai-pandai cari large texture la. Kalau nak buat tanpa texture pun takde masalah.

Look here, I'm talking: Lain gambar, lain result yang akan kau orang dapat. Tapi kalau dah ada basic ni, makanya senang la kamu nak adjust apa yang patut supaya dapat great result on your pictures. Selamat Mencuba! Cikgu Nani akan kembali dengan tutorial lain pada masa akan datang.

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina