Oct 15, 2010

the damage is done

GAAAAHHHHHH!
DON'T YELL AT ME! I'M NOT A B!@TCH THAT YOU CAN YELLED AT!
GGGGHHHHH!

Aug 21, 2010

ahhh

dah masuk minggu ke-2 Ramadhan?
cepatnya...

Salam Ramadhan!

May 16, 2010

Selamat Hari Kita



Sempena Hari Kita orang ni, aku nak wish Selamat Hari Guru untuk orang-orang yang dah aku statedkan dalam kad di atas. Tapi aku lupa nak selit sekali beberapa kategori guru-guru yang memang aku lupa akan kewujudan mereka (maaf kawan-kawan. Aku tak berniat nak lupakan kau orang. kekeke)

Baiklah, ini sambungan nama-nama orang yang terlupa aku nak masukkan dalam kad ni.

Selamat Hari Guru untuk...

- guru-guru yang selalu MC kala saat-saat genting seperti kehadiran jemaah nazir.
- guru yang nama je cikgu tapi takde pegang kelas langsung.
- guru-guru yang salu masuk kelas lewat.
- guru-guru sekolah memandu.
- guru-guru kaki kipas boss.
- guru-guru tikam belakang.

Walau apapun panggilan yang kau orang dapat, kau tetap seorang guru. Ingat... kau berdedikasi ke, kau jadi cikgu macam jahanam ke, kau tetap akan dipersalahkan mak bapak kalau murid kau lampi. heh XD

Selamat Hari Guru!
Semoga tabah menjadi seorang guru dalam era yang penuh pancaroba ini =)

::Cikgu Nani::

Apr 23, 2010

Tahi Bintang Jatuh dari Langit

Benarkah?
oh tidak...

Tapi kenapa?
kenapa apa? Apahal kau ni?

Kau tu yang kenapa?
Aku ke? Kaulah!

...**dush!!**...
arkkhh =_="



author's note:
merah - otak aku
biru - hati aku

Bila otak dan hati tak sejiwa, makanya kau pun boleh burn out. ah! apa aku cakap ni?

p/s: ikut kata hati. fikir pakai otak. baru buat keputusan. faham?

Mar 1, 2010

Sunyi vs. Sepi

Mr. Sunshine is waiting for his turn to rise. Miss Stars are hiding behind the pitch black sky - too shy to shine...perhaps. The moon is smiling up upon the sky. The breeze blows us to the lalaland. But the demon doesn't allow my dream to kiss me good night.

Bulan, jangan biar siang. Biar malam terus berlabuh. Biar sunyi dan sepi berebut menemaniku. Ah! Aku kena kerja esok la bodoh. Bila paper work ni nak siap?! Apasal cikgu kena buat proposal pulak ni?

Feb 27, 2010

you'll never know...

Orang kata, "don't mess up with Nani, you'll never know her capabilities."
Apa kebolehan Nani? Kenapa jangan cari pasal sama Nani? Diva sangatkah Nani itu? Mungkin. Berpengaruh sangatkah Nani itu? Tidak. Dia cuma gadis sebelah pintu. Tapi, apa yang bahayanya tentang Nani? Oh, dengar-dengar dia ada superpower. Nani ada magik!


Kalau kau buat kacau sama dia...


...




...



Kalau kau buat dia benci kau...


...



...


Dia akan tukarkan muka kau daripada memang tak cantik itu kepada ini...



Ah!!! tidaaaaak!

p/s: jangan kacau aku ok! aku tak suka!

Feb 19, 2010

Magic Makeover

Ah! What have I done? What have I done? What have I done? (lagu apa ni ah?)

Ok, jom tengok apa yang dah saya buat hari ini instead of edit gambar pengantin. Weh, kena la edit muka sendiri jugak. Baru syok nak sambung buat kerja. Asik edit gambar orang je, bosan ok.


Sejak akhir-akhir ni memang suka terpengaruh dengan gaya makeup Son GaIn dari Brown Eyed Girl. Ya, dia sangat sexy, comel dan ah! cantik!



Jom main Spot the Difference. Antara dua gambar ni, mana satu muka saya yang sebenar? (soalan ni, student saya darjah dua kelas pemulihan pun boleh jawab)

Dapat jawab? ngehngehngeh

My gay partner...

Son GaIn y'all!

p/s: makeup di atas dibuat 100% dalam Photoshop. Saya bukan make up artist yang pandai touch up muka sendiri sehingga menyerupai Son GaIn atau magician yang boleh buat muka saya jadi macam Son GaIn. Saya hanyalah seorang cikgu yang dulu pernah jadi graphic designer yang mampu men'touchup' muka menggunakan teknologi ala-ala CGI. hahaha. Sekurang-kurangnya, tak perlu berhabis duit beli makeup banyak-banyak. lalalala

m/p/s: panjang doh p/s kau!

Feb 11, 2010

blog aku, suka hati akulah

celaka! hangswa! lahanat macam siamang! bastard! ape lan lah lagi! semualah!

ok, tak tahu kenapa tapi aku rasa macam nak mencarut. Oh, ok. Aku dah pun mencarut. hahahahahahaha. Kau yang baca, terimalah seadanya.

Sekian.

Jan 31, 2010

tough decision

Bukan senang nak melepaskan sesuatu itu pergi setelah apa yang engkau dapat manfaat daripadanya. Tapi untuk kebaikan diri, terpaksa jugalah engkau ucapkan selamat tinggal kepada sesuatu itu...


Kenapa saya berhenti buat Atkins Diet? Bukan sebab ia tak bagus. Ia sangat berkesan. Serius tak tipu. Bayangkan, dua minggu pertama boleh hilang 5kg. Siapa tak teruja, kan? Tapi lepas sebulan saya buat Atkins, saya dapati yang saya selalu kurang tenaga. Semua tegur kenapa muka tak bermaya? Paling obvious bila saya kembali ke gym. 3 hari lepas, saya hampir jatuh terkulai di tangga sebab kehabisan tenaga bila berlari 10x turun naik tangga. Tengah buat fitness, saya muntah. Muka dah pucat. Trainer suruh makan ice cream sebab nak recover gula yang hilang tu. Bukan hilang, tapi saya tak ambil gula langsung. kekekeke. Bila dia tahu, teruk jugak saya dileteri.

Hari ni, benda yang sama berlaku. Saya jatuh terduduk bila buat weight lifting. Nasib baiklah machine tu straight bar. Kalau bar yang kena angkat sendiri tu, mampus aku kena hempap dengan bar yg bapak berat tu. haha. Pastu bila buat step up 100 stairs climbing, baru 20 stairs dah mengah macam anjing. My trainer kata, takde diet yang buruk. Cuma bila kita salah sikit, benda yang bagus tu akan jadi benda terburuk sekali yang kita akan buat. Yes, untuk seorang perempuan melakukan moderate activity dan sering ke gym, perlukan banyak tenaga, Atkins bukan diet yang sesuai. Atkins sesuai untuk orang yang cuma buat light activity sahaja. Kau bayangkan kerja cikgu zaman sekarang ni. Mana boleh duduk diam. Bukan seperti kerja ofis. Kau kena bergerak sana sini. Belum masuk kejar budak lagi tu. haha. Protein je tak cukup untuk supply energy. damn...

Orang yang berat melebihi 100kg, boleh turun hingga 60kg dengan Atkins tapi belum mampu shape up kan badan dia macam orang lain yang mempunyai berat 60kg. Bila saya buat Atkins, daripada ada muscle, terus lemah muscle tu. Daripada metabolic rate tinggi, terus jatuh. Fats yang diambil belum mampu membakar fats yang dah tepu dalam badan. Jadi saya kena build muscles balik untuk burn all the fats. Susah tahu! Saya kena makan banyak dan tak boleh ponteng gym. Alahai...

Kalau kamu seorang yang tak suka exercise banyak, tak buat fitness yang berat, tak buat weight lifting, kamu try lah Atkins. Atkins is a way of life ^__^

you are what you eat

Sejak bila blog ni berubah jadi carb counter journal ni? ah, persetan!

Apa yang saya makan hari ini? Jom semak Net Carbs nya

3 cups bok choi - 2.4 g
chicken soup with dumplings - 10 g
thymes - 0.2 g
chili powder - 0.6 g
pistachio - 3.6 g
lemon juice - 3.6 g
full cream milk - 11.8 g

total carbs - 33.2 g

damn! i took over 3g today. shucks! damn! what should i doooooo?!!!!

Jan 23, 2010

bila saya kurus nanti...

saya nak resign dan apply kerja ini...





bahahahaha!

Jan 22, 2010

now and then...



selagi tak kurus macam dia ni, saya takkan berhenti diet. hahahah


Weight Loss Recent Update

Diet Type: Atkins
Stage: Phase 2 - Ongoing Weight Loss
Start Diet: 5th January 2010
Take-off Weight: 68kg
Current Weight: 63kg (dated on 20th January)
Weight Loss Remaining: 9kg

Jan 19, 2010

Butter prawn scramble eggs

jeng!

Kedengaran seperti mengiurkan tak? Hari ni malas sungguh nak masak tapi kena juga masak kalau tak nanti lapar. Resipi ni rasa-rasanya ciptaan sendiri. Mula-mula nak wat Butter Prawn tapi macam tak jadi je. Last-last, campak telur makanya jadilah scramble eggs. hahaha

Ingredients A
10 shrimps
3 cloves of garlic (chop very finely)
pinch of salt
pinch of black peppers
few drops of non MSG seasoning sauce
4tbs of lime juice

2 eggs
3tbs of butter

marinate the shrimps with Ingredients A. Leave it aside. Then melt the butter in frying pan. Fry the marinated shrimps in the melted butter till the shrimps turn a bit red. Crack in the eggs and scramble it well. Ready to serve!

Make: 1 Servings
Carbs: 9.4 grams (approximately but < 10 g)
Protein: 30.5 grams
Calories: 246

This recipe is suitable for Atkins Dieters. Enough to make you feel stuffed and delicious as well. Kalau nak wangi lagi, sila letak daun limau. Serious, marvelous. Bagi resipi siap dengan maths dia lagi. Cubalah. Dah siap-siap kira tu. Ingat senang? huh =_="

Jan 12, 2010

Saya Hampir Ke Situ

Hari ni hari ke-8 menjalani Atkins diet. Alhamdulillah. Masa hari ke-6 tu hari, saya timbang berat. Oh, sudah berjaya mencecah 65kg. Masih ada 10kg untuk dikurangkan. 3kg dalam masa 6 hari! Siapa tak teruja?

Kesayangan pun kata badan saya dah susut. Ibu pun kata saya dah nampak kurus (that's why dia tak bising bila saya pakai jeans dan baju paras punggung. wahaha) Kawan-kawan, ada yang membantu, ada yang memang besar syaitanirrajim dia. Ada yang teruja nak cuba juga diet ni. Memang seksalah sebab kita orang Malaysia biasa makan nasi. Kita dan Karbohidrat tak boleh dipisahkan. Tapi sekali-sekala berubah untuk diri sendiri apa salah kan?

Hujung minggu ni nak timbang semula. Berapalah turun kali ni. I sacrifice too much on it.


And yes, I'm almost there!!!

Jan 9, 2010

Seharian bersama Dr. Atkin

Day 5...


Breakfast : Chunky tuna, Parmesan cheese powder, broccoli + mineral water

Lunch : Vege soup (broccoli, poached egg, cherry tomatoes, chicken chunks, anchovies) + mineral water

Snacks : cherry tomatoes

Dinner : Chunk tuna, mayonnaise, scramble eggs (mix it up and wrap with coral lettuce) + mineral water.

5 hari mengamalkan Atkins diet. Bukan sesuatu yang mudah. You have to endure the starves. Say no to carbohydrates. So far, it does show a good progression. I lost 2kgs since i start low carb diet 5 days ago. Impressive kan? My goal? To lose another 10kgs. And it's not an impossible thing to be done. Work hard for it. By the end of the year, i should achieve my goal.

hurm.... there goes my azam yang tak nak fikir pasal azam. damn... =_="

Jan 4, 2010

Keterujaan

Kenapa entah, sejak akhir-akhir ni kalau nampak baju pengantin, rasa teruja sangat-sangat. Dah sampai seru nak sarung baju tu kot. Wah! Kelas kau!


credit to cikdida@photobucket

Kurus dulu nani!*pang!!!* (tampar muka sendiri laju-laju kasi sedar diri sikit)
sigh

=_="

Jan 1, 2010

Housemate Baharu Saya

Ada sesuatu yang saya suka tentang housemate baharu saya...

...



.....


.......



..........



...beliau suka Kpop!!!

Cayalah! Nasib baik kau pandai ambil hati aku yang sedikit cerewet ni =_="

KL Meletup!

Apa aktiviti saya di malam Tahun Baru? Jom tengok sikit.

31 December 2009, 10.35 malam,

Gayut dengan kesayangan. Cerita tentang betapa terujanya saya nak tengok bunga api malam tahun baru ni. Tak sabar nak tunggu jam 12 tengah malam.

31 December 2009, entah-pukul-berapa malam,
Terlelap... Zzzzzz.... (Punah sudah harapan dan keterujaan nak tengok bunga api) sigh.

1 Januari 2010, 12.00 tengah malam.

Terjaga dari lena sebab terkejut dengan bunyi letupan. Seriusly saya ingat bom meletup. Agak bangsat. Terus berkejar ke tingkap bilik. Oh So Wow!!! Bunga api!!! (masa ni dah melonjak keriangan. Macam tak pernah tengok. sigh. Tapi serius teruja)

Heh, saat ni mula terfikir... Nasib baik tak keluar duit ratus-ratus tempah PNB Darby Suite untuk tengok bunga api Tahun Baru. Terlupa pula dari tingkap bilik boleh nampak KLCC. sigh. Kadang-kadang ini yang membuatkan saya suka bilik saya. Tika ini, bunga api yang terakhir baru saja meletus. Cantik. Tapi kenapa takde yang macam dalam kartun tu? Kenapa takde tulisan Happy New Year 2010?! Tak thrill lah! Penat je tunggu. Setakat bunga api camni, balik kampung pun saya boleh tengok free (tapi tengok dari paras tanah dan mendongak ke atas adalah tak syok) Mesti pelikkan macam mana kitorg boleh tengok bunga api kat kampung? Sebab paklong kami polis, dia selalu bawak balik tong bunga api besar tu bila raya. Apa barang takat mercun katak je bai? huhuh. Ok, sudah. Nak sambung tidur.

Selamat Tahun Baru!!!


Budak perempuan tu adik saya. Birthday dia semalam. Saya bagi dia hadiah, topup rm5. Gila kedekut kakak :P


Perlu ke duduk di belakang langsir semata-mata nak ambil gambar ni makcik? sigh

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina