Nov 21, 2009

Tahniah Kecomelan!

Saya sepatutnya post cerita ni 2 hari lepas. Tapi takpe. Belum basi lagi. (Ni semua gara-gara kerja yang berlambak-lambak sampai membuatkan saya tak sempat nak berfoya-foya di Blogger. hah!)

Congratulations to all my students atas keputusan yang membanggakan! Terharu sangat. Yelah, first time mengajar. hehehe. Walaupun kelas saya sendiri hanya seorang je yang lulus semua matapelajaran, tapi tetap membanggakan kerana takde keputusan 5E langsung tahun ni! (Banyak ucapan tahniah saya terima daripada guru-guru lain. Mereka seakan-akan bangga dengan keputusan yang tak seberapa tu. Tak pastilah sama ada Tahniah itu ikhlas ataupun mengejek. Ya Tuhan, kenapa saya masih bersikap skeptical? huhuhu) Tapi menurut buku sejarah kelas yang saya ajari itu, inilah kali pertama ada budak lulus semua subjek, tiada keputusan 5E, dan kebanyakan mereka dapat 4C! Terima kasih atas compliment anda, terima kasih kepada anak-anak yang tidak memalukan saya di saat akhir, syukran. Alhamdulillah. 21 daripada 33 orang murid kelas kronik saya lulus bagi subjek Bahasa Melayu Pemahaman. Tapi Penulisan sedikit merosot (semua gara-gara Bahagian C yang membuatkan ramai calon seluruh Malaysia tak score! Info ni pun dapat daripada rakan yang menjadi penanda kertas.)

Untuk 5 orang pelajar saya yang score A dalam Bahasa Melayu, thank you very much! Thanks for the hard work. Saya tetap bangga walaupun hanya 5.

15 orang calon dari sekolah kami mendapat 5A. Tahniah! You deserve it ^____^ Ikhwan, you did it! Si comel yang pernah saya ceritakan di entri lepas, dapat 5A bai! Menangis-nangis dia datang kat saya. Oh so comel! Keputusan keseluruhan UPSR 2009 meningkat 5% berbanding 2008. Encik Khadri si YDP PIBG nak belanja kitorang cikgu-cikgu tahun 6 holiday kat PD! cikgu-cikgu tahun lain, don't be jealous =P jangan cakap-cakap belakang lagi sebab kami dah membuktikan peningkatan walaupun budak-budak tahun ni agak rotten :P

Next year? Saya tak tahu saya di mana. Tahun 6 lagi? Oh tidak! Walaupun budak-budak tahun 5 yang akan naik ke tahun 6 masing-masing request nakkan saya ajari mereka Bahasa Melayu, tapi... tidaaaaak! Saya tak sanggup nak take over the delinquents lagi. If I meant for the delinquents, I have to make sure I can tackle them 2 years earlier before UPSR. So saya ada masa yang lebih untuk buat diorang jadi sebahagian daripada hidup saya. Eh??! Saya sebahagian daripada diorang. ok... baru betul. Barulah ada masa untuk buat diorang dengar cakap saya. (Tak macam budak-budak tahun ni yang masing-masing tak nak dengar cakap. Penat tahu!)

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina