Nov 14, 2009

Ratapan Anak Tiri Bahagian 3

Akhirnya petang tadi air mataku tumpah jua. Barulah lega sikit rasa. Terbang melayang segala kekusutan yang ada di benak fikiran *pergh!*. Tak sabar nak tunggu tahun depan. Nak pindah sekolah. Penat jadi hamba pada orang yang gila kuasa. Masing-masing perangai macam kimak.

Jom start dengan cerita 'Sial Wanita' yang menimpa saya hari ni.

8.20 pagi...
Jem doh dengan kancil mamat ni!(Tukar kereta dengan adik saya) Dah seminggu dia buat hal. Bila nak pergi sekolah je, tak boleh start la itu la ini la. Pagi tadi lagi teruk. Pintu kereta tak boleh buka langsung sebab alarm dia tak bunyi. Saya syak, ni mesti bateri punya pasal. Dah lah semalam siap panggil pomen tengokkan kereta. Tapi bila pomen tu start je terus ok. Macam herem!

8.30 pagi...
Jalan kaki sorang-sorang pergi sekolah. Nasib baik dekat. Tapi berpeluh jugak ok!

10.00 pagi...
Time nak fitting baju dengan budak-budak tarian, tiba-tiba ada yang mengadu baju-baju diorang hilang. Saya syak ada orang ambil sebab baju-baju tu dia letak dalam paper bag. Dan yang tinggal cuma kain sarong je. Lagipun dewan tu berkunci. Siapa pulak yang ambil! Sial la... Isnin nak perform. Terpaksa selongkar balik tukar baju lain. Satu hal pulak sebab baju tak cukup!

12.30 tengah hari...
Naik atas, ambil flask untuk isi dalam goodie bags untuk hi-tea esok. Bangang! Ink kat atas sticker flask tu wiped off. Tak lekat langsung. Sehari jemur tu! Dahlah esok nak guna! Macam mana ni?! Lantak, saya isi jugak dalam kotak. Biaq pi lah. Saya dan 2 orang murid angkat lah 75 paper bags untuk dibawa turun dari tingkat 3. Sampai je kat bawah, damn! Diorang dah kunci grill. Kitorang trapped kat dalam blok tu. Saya panggil pak guard tapi nasib tak baik, dia marah-marah saya. "Apahal pulak marah saya! Saya dah pesan pada Usop jangan kunci grill sebab saya kat atas nak angkut barang!" Ye, saya tengking balik pak guard yang paling digeruni kat sekolah tu. Paper bags yang saya letak tepi tangga tadi terus saya tendang. Bergolek-golek paper bag berisi flask tu jatuh. Pergi mampus! "Ooo sorry. Saya ingat awak buat kerja sendiri kat atas tu." Uncle tu minta maaf dengan rasa bersalah. Tersengih-sengih dia minta maaf. Students saya dah terkedu sebab diorang pun tak pernah tengok saya mengamuk sebab saya adalah cikgu paling cool kat sekolah. bahaha! Saya keluar dari blok tu dan jalan ke dewan dengan paper bags yang penuh ditangan. Mulut kumat-kamit (maki hamun tak habis lagi) mamat berdua tu terkedek-kedek kejar cikgu dia. huhu. Sampai kat dewan, saya campak paperbags dan storm out untuk naik balik ke tingkat 3. Time tu budak-budak ada dalam dewan semua terkedu. Iya, diorang tak pernah tengok saya marah! Masing-masing mengekor saya dari belakang sebab diorang ingat saya marah sebab diorang tak datang tolong saya bila saya minta tolong awal-awal tadi. Bagus jugak. huhu

1.00 petang...
Ok sekarang macam mana nak bawak balik bags bodoh ni? Terpaksa tunggu adik saya datang. Janji nak datang pagi tapi sampai pukul 1 pun tak muncul. Menangis-nangis saya call kesayangan saya. Bukan sebab takut tinggal sorang-sorang kat sekolah. Tapi sebab geram dan saya perlu kongsikan rasa itu dengan seseorang. Kesayangan terus rushing dari Shah Alam ke Ampang sebab nak ambil saya. Ye, saya tinggal sorang kat sekolah sebab budak-budak tu dah balik.

3.00 petang...
Masih di sekolah. Duduk sorang-sorang dalam dewan. Bukak lagu kuat-kuat dan tidur. Ye, takut jugak sebab sunyi tau! Kat sekolah tu cuma tinggal saya dan uncle 1Malaysia tadi tu. (1Malaysia? huhu. Maksudnya dia bukan melayulah)

3.30 petang...
Yeay! Kesayangan saya dah sampai! Kitorang load bags dalam keta sampai tak nampak belakang ek! Banyak sial! Hahaha

3.45 petang...
Adik saya sampai. Dia try unlock kereta guna alarm yang sama saya guna pagi tadi. Piggy Bank! Apsal boleh unlock?! Siap boleh start! Kancil tu memang harus dibakar! Dah menyusahkan hidup saya seminggu! Kancil tu memang dengki dengan saya! $%^&*()P@WER$T^Y&U*I(O

4.30 petang...
Kesayangan bawak saya pergi makan since saya berpuasa dari pagi tadi. Muka dah pucat sebab tak makan apa-apa dan saya dah gunakan banyak tenaga. Thanks sayang sebab datang dari Shah Alam semata-mata nak ambil saya dan bawak saya pergi makan. Dan air mata saya tumpah sekali lagi... Kesayangan tak boleh lama ada kat sini. Dia kena balik Shah Alam ASAP. Sedih tau...

Anyway my Prada, Happy 14! Dah genap 6 tahun 8 bulan saya menyusahkan hidup beliau tapi beliau tetap bersabar dan sayang akan saya. I love you so much, my Dior!

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina