Nov 16, 2009

Saya Sayang Akan Mereka

Selamat Hari Kanak-kanak untuk semua kanak-kanak sedunia! Teruskan berusaha kerana kamulah yang bakal mencorakkan dunia di masa hadapan (bedo'oh beno mung neh. huhuhu)

Hari ni sekolah kami menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia. Seronok sangat. Paling seronok bila tengok team-team tarian saya mendapat sambutan hebat. Tak sangka I. Dari zapin sampailah ke shuffle, kanak-kanak penonton kelihatan sangat teruja (termasuklah ibu bapa yang hadir dan guru-guru sekali) bahaha!

Sebagai guru pembimbing dan jurulatih, saya amat berbesar hati dengan kesungguhan dan kecomelan mereka di pentas. Pergh! Comel bai!


Comel! Sangat comel! Geram! Ikh...!


Siapa sangka otai sekolah hebat berzapin? The uniqueness of Hazrul Hakimi that I really proud of! Ayu gila pakai songkok ngn baju camni segala. Nampak suci ek! hahaha


Double up the fun with my 2 favorite dancers ever! Ikhwan... awww! *saya pun leh hysteria*


Takde perkataan lain lagi dah selain C.O.M.E.L! That's it. Final year. Final dance. Tahun depan takde pelapis. Masak la macam ni. Ish ish...


Ala somel-somel =P Adik yang sangat manja. Ye, ada hati panggil saya kakak ye? haha. Dia memang sumpah manja gila! Sebab dia anak bongsu kot. (tapi kenapa mata saya begitu? hahaha. buruk gila!)


Ramai cikgu cakap Ikhwan ni day by day jadi makin sweet. Sweet keeee? Sweet la. Tapi sengal ok! Dia suka prank saya dengan lawak bodoh yang sangat susah saya nak faham. Pastu dia dengan Muhaimin (Head Prefect) akan gelakkan saya. Dan saya... masih clueless. haha


Saya rasa saya sangat comel bila dikelilingi oleh budak-budak tak cukup umur. hahaha. Sebab tu saya jadi cikgu sekolah rendah kot. Nak macam ni dengan budak sekolah menengah? Bahaya tu bai!


Masters of the Cubic... kecuali saya lah. haha. Yang pakai cap tu Zul. Sangat terel Math. Selalu jadi mangsa calculator bergerak saya untuk kira markah ujian. (padan muka!) Sangat baik, comel dan menurut perintah. Pandai main bola siap. Ye Zul, cikgu dah up kan awak. Kalau ada girls nak tackle, bawak jumpa cikgu dulu. Bagi cikgu interview. huhu.
Yang depan sekali tu lah Muhaimin. Rival Cafe World saya. Hari-hari kitorang berebut-rebut update Cafe World supaya tak kalah pada satu sama lain. Damn... dengan budak pun nak serious. hahah. Beliau adalah budak pertama yang berjaya selesaikan masalah Cubic kat sekolah tu. Baik hati tolong ajar kawan-kawan. Siap ajar saya sekali. Tapi disebabkan kelembapan otak untuk menerima cara penyelesaian masalah logical, saya masih tak hafal step nak selesaikan cubic tu. Bencilah! Camne leh kalah dengan anak murid sendiri ni?! (Mengaku je lah kau sangat lembab dalam math. Sebab tu kau takleh selesaikan cubic tu.)

Khamis ni result UPSR keluar. Tapi darlings, saya tak dapat share joyous tu dengan korang sebab saya kena jaga exam SPM. cilabi betul. Nasib baik Jumaat saya boleh balik semula ke sekolah. Kalau tak, mungkin saya meraung di SMK Bandar Baru Ampang sebab tak dapat jumpa dengan Wajah-wajah Kesayangan Hamba buat kali terakhir. hurm... (=_=")

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina