Jan 31, 2010

tough decision

Bukan senang nak melepaskan sesuatu itu pergi setelah apa yang engkau dapat manfaat daripadanya. Tapi untuk kebaikan diri, terpaksa jugalah engkau ucapkan selamat tinggal kepada sesuatu itu...


Kenapa saya berhenti buat Atkins Diet? Bukan sebab ia tak bagus. Ia sangat berkesan. Serius tak tipu. Bayangkan, dua minggu pertama boleh hilang 5kg. Siapa tak teruja, kan? Tapi lepas sebulan saya buat Atkins, saya dapati yang saya selalu kurang tenaga. Semua tegur kenapa muka tak bermaya? Paling obvious bila saya kembali ke gym. 3 hari lepas, saya hampir jatuh terkulai di tangga sebab kehabisan tenaga bila berlari 10x turun naik tangga. Tengah buat fitness, saya muntah. Muka dah pucat. Trainer suruh makan ice cream sebab nak recover gula yang hilang tu. Bukan hilang, tapi saya tak ambil gula langsung. kekekeke. Bila dia tahu, teruk jugak saya dileteri.

Hari ni, benda yang sama berlaku. Saya jatuh terduduk bila buat weight lifting. Nasib baiklah machine tu straight bar. Kalau bar yang kena angkat sendiri tu, mampus aku kena hempap dengan bar yg bapak berat tu. haha. Pastu bila buat step up 100 stairs climbing, baru 20 stairs dah mengah macam anjing. My trainer kata, takde diet yang buruk. Cuma bila kita salah sikit, benda yang bagus tu akan jadi benda terburuk sekali yang kita akan buat. Yes, untuk seorang perempuan melakukan moderate activity dan sering ke gym, perlukan banyak tenaga, Atkins bukan diet yang sesuai. Atkins sesuai untuk orang yang cuma buat light activity sahaja. Kau bayangkan kerja cikgu zaman sekarang ni. Mana boleh duduk diam. Bukan seperti kerja ofis. Kau kena bergerak sana sini. Belum masuk kejar budak lagi tu. haha. Protein je tak cukup untuk supply energy. damn...

Orang yang berat melebihi 100kg, boleh turun hingga 60kg dengan Atkins tapi belum mampu shape up kan badan dia macam orang lain yang mempunyai berat 60kg. Bila saya buat Atkins, daripada ada muscle, terus lemah muscle tu. Daripada metabolic rate tinggi, terus jatuh. Fats yang diambil belum mampu membakar fats yang dah tepu dalam badan. Jadi saya kena build muscles balik untuk burn all the fats. Susah tahu! Saya kena makan banyak dan tak boleh ponteng gym. Alahai...

Kalau kamu seorang yang tak suka exercise banyak, tak buat fitness yang berat, tak buat weight lifting, kamu try lah Atkins. Atkins is a way of life ^__^

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina