Sep 22, 2009

Cerita tentang adik bujang kami

Sekian lama saya tidak menempekkan gambar rajah tentang diri saya dalam blog ini. Eh, pernah ke? Tak mengapalah kerana hari ini saya akan lakukannya jua. hahaha. Saya mulakan dengan appetizer yang sangat mengiurkan.



Comel ke tidak cupcake yang saya buat ni?



Cupcake hiasan yang baru saja saya sudahkan selama 3 jam duduk tegak di dapur. Penat tahu tak? Baru kini saya faham kenapa orang jual cupcake mahal nak mati.



Ibu yang gorgeous dengan anak-anak daranya yang fabulous. lalala



Saya tak pasti kenapa bila Apit ambil gambar dengan saya, pose nya agak skematik. Memang tak boleh belah.



Tapi bila dia bergambar dengan Adeq si senget ini pasti pose nya sakan. Lantak koranglah. haha.

Oh ya, bercakap tentang Apit iaitu adik bongsu saya yang senget itu, ada sesuatu yang keluar dari mulut beliau sehingga membuatkan kami ternganga seketika. Ayah tanya pada dia, "...lepas habis SPM ni nak buat apa?" Makanya, jawapan dia sebegini, "Apit nak enroll MFA (Malaysia Flying Academy)." Itu bermaksud dia mahu menjadi pilot, bukan? Alahai adikku seorang ni. Dia memang macam tu. Very very unpredictable. Tak ada seorang pun yang akan berjaya membaca apa yang ada di dalam kotak otak beliau. Setelah dihebohkan oleh ayah kepada pakcik makcik nenek dan datuk di kampung (ya, ayah memang suka berbangga dengan mamat yang seorang ni), mereka semua setuju dengan tindakan bijak budak ini.

My aunt mesti happy sakan setelah dia berjaya memeluk cium adik bujang saya ni. Saya pun tak pasti mengapa kerana mungkin mamat ni adalah seorang yang sukar didekati kerana dia memang isolated. hahaha

Apa-apa je lah. Janji kau bahagia.

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina