Sep 24, 2009

Cerita tentang adik bujang kami 2

Last night ayah saya cerita pasal Uncle Bala (driver ayah) datang beraya kat rumah nenek. Pastu apa tah yang ayah cerita (saya tak faham sebab saya ni blur sikit kadang-kadang... *cough*sgt blur). Yang pastinya, Uncle Bala ada cerita pasal somebody ni (which I don't know who is he) yang anak dia nak masuk Flying Academy. And Uncle Somebody tu tengah pening macam mana nak cari RM200k untuk yuran jadi pilot. Mahal rupanya nak jadi pilot ni eh? Lepas tu, ayah pun terdiam dan termangu seketika. Uncle Bala pun tanya, "Tuan, kenapa? Tuan kesian sama dia ka?" hukaloh. "Taklah Bala. Saya kesian sama saya juga sebab anak saya pun mahu jadi pilot." hahaha. Aduhlah bapaku seorang ni.

Tadi saya dan adeq pergi membeli-belah dia Dataran Pahlawan. Padini Concept tengah sale gila-gila! Lepas beli dua helai blouse, kami rasa lapar dan singgah makan di sebuah fast food restaurant. Malaysia punya kot sebab tak pernah dengar namanya. Makanan, memang best. Beef burger dia superb. Daging dia memang savoury, tebal dan sangat juicy. Blackpepper sauce pun tak berapa pedas. Packaging ala-ala gerai burger tepi jalan je pun kot. Harga pun reasonable. Tapi yang mengecewakan, service lembab tahap siput berjalan pun lebih laju daripada si cashier yang berjalan ala-ala kucing berjalan. Awak tu frontman restaurant, kenalah pantas. Mana sempat nak catwalk control-control ayu ni. Aduhai... Lepas kami habiskan fries kami, barulah sampai burger yang kami pesan. Lambat kan? Orang sebelah kami pun sampai mendengus-dengus sebab ayam dia seketul lagi belum sampai padahal nasi di pinggan dah licin sampai tak tinggal barang sebutir pun. hahaha. Queue pula makin lama makin panjang sampai je pintu. Sebab tu lah produk kita tak boleh challenge produk antarabangsa. Bukan tak mahu sokong, tapi sendiri mahu ingatlah.

0 gossips:

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina