Ada satu game ni sangat famous kat sekolah dari zaman kita sekolah dulu sampailah sekarang anak-anak kita pulak yang bersekolah. Game lawan pemadam.
Pemadam getah dulu harga 10sen (sekarang dah mahal sikit kot) pastu ada gambar bendera negara. Pemadam tu pun kalau padam tak bersih, sebab tu kita bawak main pemadam tu kan? heh... Selain tu ada gak pemadam yang atas color hijau bawah putih ada gambar A-apple, B-ball. Sebenarnya pemadam tu bagus kan untuk pembelajaran kanak-kanak. Tak langsung, tiba-tiba kita pandai geografi dunia. Kenal semua negara dan bendera. Hebat. Kalau sekarang, pemadam tu dah upgrade sikit. Gambar Angry Bird, gambar kelab bola eropah, MU la Chelsea la. Macam-macam.
Walau apa pun gambar atas pemadam tu, motif cuma satu. Pemadam paling hebat akan menang! heh... Tapi sekarang kalau tengok anak murid main game tu, satu je la kena ingatkan diorang. Jangan rampas-rampas. Macam berjudi pulak kan? Kau kalah, pemadam kau aku punya. Pastu kawan tu menangis. Balik cakap bapak. Besok bapak datang marah cikgu sebab biar kawan tu rampas pemadam anak dia *sigh*
Apr 17, 2012
Game yang sangat lagendary
Oct 15, 2010
Aug 21, 2010
May 16, 2010
Selamat Hari Kita

Sempena Hari Kita orang ni, aku nak wish Selamat Hari Guru untuk orang-orang yang dah aku statedkan dalam kad di atas. Tapi aku lupa nak selit sekali beberapa kategori guru-guru yang memang aku lupa akan kewujudan mereka (maaf kawan-kawan. Aku tak berniat nak lupakan kau orang. kekeke)
Baiklah, ini sambungan nama-nama orang yang terlupa aku nak masukkan dalam kad ni.
Selamat Hari Guru untuk...
- guru-guru yang selalu MC kala saat-saat genting seperti kehadiran jemaah nazir.
- guru yang nama je cikgu tapi takde pegang kelas langsung.
- guru-guru yang salu masuk kelas lewat.
- guru-guru sekolah memandu.
- guru-guru kaki kipas boss.
- guru-guru tikam belakang.
Walau apapun panggilan yang kau orang dapat, kau tetap seorang guru. Ingat... kau berdedikasi ke, kau jadi cikgu macam jahanam ke, kau tetap akan dipersalahkan mak bapak kalau murid kau lampi. heh XD
Selamat Hari Guru!
Semoga tabah menjadi seorang guru dalam era yang penuh pancaroba ini =)
::Cikgu Nani::
Apr 23, 2010
Tahi Bintang Jatuh dari Langit
Benarkah?
oh tidak...
Tapi kenapa?
kenapa apa? Apahal kau ni?
Kau tu yang kenapa?
Aku ke? Kaulah!
...**dush!!**...
arkkhh =_="
author's note:
merah - otak aku
biru - hati aku
Bila otak dan hati tak sejiwa, makanya kau pun boleh burn out. ah! apa aku cakap ni?
p/s: ikut kata hati. fikir pakai otak. baru buat keputusan. faham?
Mar 1, 2010
Sunyi vs. Sepi
Mr. Sunshine is waiting for his turn to rise. Miss Stars are hiding behind the pitch black sky - too shy to shine...perhaps. The moon is smiling up upon the sky. The breeze blows us to the lalaland. But the demon doesn't allow my dream to kiss me good night.
Bulan, jangan biar siang. Biar malam terus berlabuh. Biar sunyi dan sepi berebut menemaniku. Ah! Aku kena kerja esok la bodoh. Bila paper work ni nak siap?! Apasal cikgu kena buat proposal pulak ni?
