90% persediaan persembahan dah siap. Tinggal nak perform je. Tiba-tiba bila meeting, diorang rombak balik AJK. Nak tahu saya berada di bahagian mana? Ketua Buku Program dan Dokumentasi. Ha, FUCK YOU! Asalnya saya cuma patut in charge tarian zapin dan joget je. Tiba-tiba datang budak shuffle minta tolong supervise persembahan diorang. Fine... Ok my pleasure. Week after, datang pula budak choir. Cikgu sakit mata, dapat cuti seminggu. Ok, for some certain reason, you're in. Then tiba-tiba, B-boys pun datang menyerang. "Cikgu, please bagi kitorang join. Please lah cikgu. Kitorang dah ada step." Mula-mula tak bagi. Saya suruh cari cikgu lain. Tapi kalau dah setiap jam datang mengendeng minta tolong, ok... I'm melt. The chance is yours. Where's the other 74 teachers?! Ok, mengalah. Takpe. Ingatkan bagus la diorang, tiba-tiba... HAMPEH! "Mana step lu brader?! Tu ke step? Tu bukan breakdance! Tu I'll-break-your-legs-till-you-have-to-ride-on-a-wheel-chair!" Ye, tu la ayat-ayat yang terhambur pada diorang yang tak mengerti apa-apa kerana masing-masing hanya berusia 10 tahun. Geram. Tension. Marah. Sakit hati. Penat. Semua rojaklah!
Masuk meeting petang semalam... "Cik Nani, you in charge buku program. Tolong bagi laporan." Dengan terpinga-pinga saya bangun, dengan persoalan penuh di dada saya pun jawab, "Puan, saya tak tahu pasal buku program sebab over these 3 weeks saya sibuk dengan latih budak. Seriously, tak tahu apa-apa pasal buku program." (dengan penuh convincing ye nada tersebut) "Tapi nama awak tiada dalam AJK Persembahan." (muka yang sangat annoying) Once again, Fuck You! "Saya diberitahu sejak bulan lepas yang saya perlu in charge persembahan. Bukan buku program." Damn. Apa ini? Mana lagi 74 orang cikgu yang lain? Kenapa saya sorang je yang buat? Hello... Awak ingat saya dibayar gaji untuk buat kerja orang lain ke? Tak adil!
It's a revenge time!~
Guru Besar tanya lagi, "Siapa yang latih budak zapin?" saya angkat tangan. "Ok... Macam mana dengan joget?" sekali lagi, saya juga. "Eh Cikgu Nani jugak? Ok, choir ada masalah?" saya bangun lagi dan jawab, "Cikgu dia mc. Jadi budak merayu-rayu untuk saya tolong sebab diorang tak pernah berlatih apa-apa pun." Guru Besar kerut dahi. "And who's in charge for persembahan Hari Kanak-kanak?" dan masih lagi saya yang angkat tangan. Padan muka! Ambik! Biar diorang rasa bersalah. Apa lagi? Lepas ni saya nak list kan bayaran mengikut jam. Harga kawan-kawan, saya rasa nak charge RM30/hr. Murah tu.
Nov 13, 2009
Ratapan Anak Tiri Bahagian 2
Nov 12, 2009
Ratapan Anak Tiri Bahagian 1
Eeeeee! Penat! Benci! Tak cukup tidur! Tak cukup rehat! Diorang ni mengada-ngada! Bagi betis nak peha! Aku yang penat bekerja, diorang yang dapat nama! Sons of Bitches! EEEEEEEEEEEEkh!!!!!
Nov 7, 2009
Oh My Prada!
Tadi saya dan kesayangan pergi tengok wayang. Lama dah tak tengok wayang sama-sama. Paling terkejut sebab kesayangan ajak tengok cerita 'Pisau Cukur'. Hello, Pisau Cukur tu cerita yang sangat urban dan gedik dan hanya sesuai untuk ditonton oleh gadis-gadis manja dan gedik macam... saya? muahaha. Rupa-rupanya beliau kata sebab nak pujuk saya, maka dia book tiket cerita itulah. Wah, terharu sangat! Tapi dalam hati risau jugak takut-takut beliau mengantuk. Tapi tak ek. He seems enjoying it... oh, WE DID enjoyed it! Sangat suka. Tak sangka kali ni saya buat pilihan yang tepat dalam pilih movie untuk ditonton. Suka suka suka!
Oh Prada! I'm so in love... oh no... aDior Fazura so much. Saya memang sangat suka akan Fazura sebab dia sangat gedik-gedik comel. Pernah jumpa dia di kolej masa shooting Gol & Gincu the series dan membuatkan saya rasa nak cubit-cubit pipi dia ok! Tapi terpaksa cover cun la sebab nanti orang lain cakap apa pulakkan. Peghak ke apa budak ini? haha
Anyway, double thumbs up untuk team Pisau Cukur Shick. hehehe. Cerita sangat comel. Casts pun comel sangat. Tapi ada gak kelemahan CGI yang obvious. Air laut itu statik ye, tak bergerak dan bergelora. Nampak sangat kanvas yang dicat seperti air laut. huhuhu
bukti pembelian tiket Pisau Cukur. hehe
Ni pulak gambar 2 hari lepas yang tak sempat nak upload. Saya rasa seperti oh so korean la I! Barrette yang sangat in. Encik Kesayangan tak kasi jual that barrette.
Bah! Rambut saya dah panjang la. Best best. Tak sabar nak panjang lagi. Lepas apa yang amoi salon tu buat kat rambut saya bulan lepas, saya asyik ikat rambut saya agar tak nampak kecacatan rambut tu ek! Geram betul. Sumpah tak datang lagi salon tu ok. Dah la cuci rambut saya macam sental periuk kat dapur. tsk tsk tsk T__T
Nov 6, 2009
Tentang 'kalau'...
"Kalau cerita pasal 'kalau', monyet pun boleh pergi bulan." - Mat Qi.
Ayat tu memang tak boleh blah tapi ada kebenarannya. Kalau cerita pasal kalau, macam-macam boleh berlaku. Tapi, mak kata, tak baik berkalau-kalau sebab kita macam tak redha dengan takdir. Nak cerita pasal kalau, sampai esok pun tak mungkin akan habis.
Kenapa kalau? Sebab hari ni adalah hari yang paling emo untuk saya. Hari ni je dah 1 gallon air mata saya tumpah (tipu, tu cuma perumpamaan). Kalaulah hari ni macam hari-hari saya minggu lepas kan seronok.
Macam mana hari saya boleh jadi emo sampai malam? Kalaulah hari saya tak dimulakan dengan pertengkaran dengan dia. Kalaulah dia tak keluarkan perkataan tu. Mesti saya tak moody sampai sekarang.
Macam mana boleh bertengkar? Kalaulah celcom tak barred phone line saya, mesti tak jadi macam ni. Kenapa sampai kena bar? Kalaulah gaji keluar macam biasa, consistent. Jangan awalkan gaji. Kalaulah kerajaan boleh berfikir dengan waras. Kalaulah kerajaan pemurah, diorang akan bagi bonus raya, bukannya tarik gaji awal.
Apa yang membuatkan saya emo sepanjang hidup? Kalaulah manusia tu tak muncul dalam hidup dia. Kalaulah manusia tu boleh berfikir dengan waras, dia takkan buat saya macam ni. Saya tak faham dengan perempuan-perempuan zaman sekarang(kecuali saya). Emosinya saya. Sangat perempuan, ya!
Tapi, walaupun banyak benda yang dah jadi, ia langsung tak buat saya menyesal kenal dengan dia. Langsung tak pernah menyesal tunggu dia bertahun-tahun lamanya. Langsung tak pernah menyesal walaupun menangis air mata sirap sekali pun sebab saya... sayang akan dia...
Kalaulah saya boleh merubah kesemuanya...
Berkenaan dengan gambar di atas, saya berminat nak jual knitted beanie tu dengan harga rm45. Baru sekali pakai (dan untuk ambil gambar tu je pun). Baru je beli rabu lepas. Original made from Korea and it's handmade. RM45 is consider as cheap kan?
Nov 1, 2009
Mari Menyanyi
Apa je yang boleh anda lakukan dikala anda sedang dilanda kebosanan?
Sila jawab soalan ini dalam hati sebab kalau awak jawab kuat-kuat pun saya memang tak dapat dengar (bukan sebab saya pekak ya!) dan ia membuatkan awak kelihatan bodoh sedikit sebab cuba bercakap dengan skrin (ya, itulah alasan munasabah)
Sunday, 1 November 2009, 4.35 am...
me myself: Kenapa saya bangun pagi-pagi?
my AlterEgo: Sebab awak tidur pukul 10 semalam.
me myself: Oh... so nak buat apa sekarang?
my AlterEgo: Jom online.
me myself: Bosan. Siapa aje yang online pagi-pagi buta ni?
my AlterEgo: Jom karaoke!
me myself: ... (bangun, jalan pergi kat desk, on laptop, cari lagu, dan nyanyi)
Ya, saya dengar cakap my AlterEgo sebab, babe, karaoke lah! Takkan nak tolak?! Saya pun sorang saje kat rumah. Kak Lisa balik Klang.Maaflah jiran-jiran kalau saya mengejutkan korang pagi-pagi ahad yang hening ni. heheheh
Maaflah suara shaky. Ni bukan bilik karaoke ya. Jadi suara kena control. Tak boleh kuat-kuat supaya tak mengganggu jiran tetangga.
Oct 17, 2009
Happy Outing!
Happy Diwali to Indian friends! May this Diwali will shine the extravagant light to your life!
Well, hari ini saya dan adik-adik keluar main bowling dan karaoke. Seronok. Dah lama tak buat outing macam ni sebab kami susah nak jumpa. Cewah! Kami pergilah karaoke di satu tempat yang tak ingatlah apa namanya. Best sebab middle room dia murah. Only cost RM18 per hour. Tak sempat nak record lagu panjang-panjang la tapi sebab camera out of battery. heheh
Ish... kenapalah internet sangat lembab ini malam? Bil bayar tiap-tiap bulan tapi servis... TM ni memang harus diajar! Geramnya!
Oh ya, maaf. Harini saya terpaksa langgar pantang sebab tak tahan tengok mi kari itu sangat sedap! Jadi saya terpaksa beli mi kari yang seakan-akan memanggil-manggil untuk dibeli. hahaha. Bukan salah saya, ok?! Harapnya berat badan saya tak naik mendadak bila sampai masa saya perlu naik atas penimbang. Kalau tak, Abang Sham si trainer akan dera saya cukup-cukup di gym. Oh tidak!
Menarik bukan? hikhik
Sekali lagi maaf sebab gambar-gambar seterusnya agak low quality. Bateri macam herem dan tak cukup power untuk mengeluarkan flash. Makanya, gambar sangat gelap dan tidak berseri. Video pun lagi low quality! Sangat gelap! isk... isk... isk... Takpe. Dengar suara je sudah! Saya pun memang tak suka orang lihat muka saya waktu menyanyi. Malu I!
Chak! Sempat, ok?
Dan lagi!
Adik nyanyi feeling lebih tapi out of tune. Oh Tuhan!
Dan saya kembali!
Maaf maaf maaf sebab video tak nampak apa. Ini semua salah bilik tu sebab gelap. Ok, gotta go! Enjoy lah dengan lagu yang setakat 34secs dan tak menarik langsung. hikhikhik
