Apr 21, 2012

Sold Out???



Ok... Semalam saya ke MPH. Nak cari graphic novel Jimi dan Raksasa Misai di sekolah. Teruja sangat nak baca. Tiba-tiba, budak MPH tu kata semua dah sold out. Minta dia carikan kat outlet mana lagi yang ada. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tiba-tiba... "Maaf kak. Di semua outlet pun dah sold out." Senyumannya tak bisa merawat jiwa yang terkilan ini. heh...

Tahniah buat encik pelukis conteng-conteng kerana hasil nukilan anda tak ubah seperti pisang goreng panas yang baru diangkat oleh Mak Kiah dari kuali.

xoxo

Apr 18, 2012

Siapa Ambil Tanah Kerajaan?



Ok, sangat kelakar. Latihan hari itu memerlukan murid mengisi tempat kosong dengan frasa yang sesuai supaya dapat membentuk ayat. Ayat sepatutnya ialah 'Mereka bertegur sapa sambil berjabat tangan.' Akan tetapi... ok... tak faham... Adakah dia membaca metro tatkala cikgu suruh salin daripada buku teks? Betul-betul tak faham. Reaksiku ketika menanda buku adalah seperti di atas. Serius =___="

Di sini puteri pertiwi bermula

Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar. Indahnya menghiasi jambangan negara. Di sini puteri pertiwi bermula...

Kalau nak cerita, banyak sangat kenangan kat sekolah. Banyak yang biasa-biasa je daripada yang menarik. Kalau ada kategori, agak-agak aku ni kategori biasa-biasa jugak. kekeke. Pass-pass makanan dalam kelas matematik. Conteng-conteng dalam kelas geografi. Nyanyi-nyanyi dalam kelas ekonomi. Hyper dalam kelas sejarah. Tapi serius dalam kelas english sebab teacher garang. heeee.

Kalau orang kata "dalam kelas sejarah mesti air liur meleleh," tapi aku tak. Mata tak mau tutup. Excited belajar sejarah. Dalam kelas, aku duduk depan sekali. Bila pusing belakang, semua orang 'main snuker'. Tidur atas lenganlah =) Bila test, buku nota sejarah aku mesti lesap, oh... ada open book test kat belakang. Takpelah. Aku halalkan. haha.

Kawan-kawan dalam kelas pun best. Bila takde cikgu je, ada mini concert dalam kelas. Dalam kelas kami ada 2 drummer hebat. Mulalah ketuk meja dengan pensel atau berus lukisan. Aduhai... seronokkan?

Ada kawan nama Alip. Selalu bawak popcorn datang sekolah sebab dia kerja kat GSC. Kak Ikin pulak abang dia manager McD. So dia kadang-kadang supply McD bun. CT dan Ikin drummer hebat tu. Choon Chin dgn Mei Ling si hansap yang gedik (girls, missed u la!) Last time jumpa Choon Chin, perut dah boyot, tapi tahap hansap sama macam dulu. Nisa dengan Amok yang suka ganggu gugat keamanan kelas. kekeke. Mimi geng kelas seni yang sama-sama selalu kena denda sebab tak siap lukisan. hehehe. Guru kelas kami Ustazah Zaini yang rock. Musalmah yang tiap kali subjek geografi dia kena lap meja sebab air liur cikgu jatuh atas tu. haha. My best friends, Yana yang suka sangat dengan Siti Nurhaliza (taulah nama korang lebih kurang) and Dewie yang selalu cantik aje. Really missed the good old days, girls. Nak senaraikan, ramai sangat ok! Ok, sekarang benar-benar rindu zaman sekolah.



Pelihara sifat ketimuran kita. Bersopan santun serta berakhlak mulia. Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera. Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka.

xoxo

Apr 17, 2012

Game yang sangat lagendary

Ada satu game ni sangat famous kat sekolah dari zaman kita sekolah dulu sampailah sekarang anak-anak kita pulak yang bersekolah. Game lawan pemadam.



Pemadam getah dulu harga 10sen (sekarang dah mahal sikit kot) pastu ada gambar bendera negara. Pemadam tu pun kalau padam tak bersih, sebab tu kita bawak main pemadam tu kan? heh... Selain tu ada gak pemadam yang atas color hijau bawah putih ada gambar A-apple, B-ball. Sebenarnya pemadam tu bagus kan untuk pembelajaran kanak-kanak. Tak langsung, tiba-tiba kita pandai geografi dunia. Kenal semua negara dan bendera. Hebat. Kalau sekarang, pemadam tu dah upgrade sikit. Gambar Angry Bird, gambar kelab bola eropah, MU la Chelsea la. Macam-macam.

Walau apa pun gambar atas pemadam tu, motif cuma satu. Pemadam paling hebat akan menang! heh... Tapi sekarang kalau tengok anak murid main game tu, satu je la kena ingatkan diorang. Jangan rampas-rampas. Macam berjudi pulak kan? Kau kalah, pemadam kau aku punya. Pastu kawan tu menangis. Balik cakap bapak. Besok bapak datang marah cikgu sebab biar kawan tu rampas pemadam anak dia *sigh*

Oct 15, 2010

the damage is done

GAAAAHHHHHH!
DON'T YELL AT ME! I'M NOT A B!@TCH THAT YOU CAN YELLED AT!
GGGGHHHHH!

Aug 21, 2010

ahhh

dah masuk minggu ke-2 Ramadhan?
cepatnya...

Salam Ramadhan!

 
When Someone's Talking... © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina